Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, December 20, 2010

Welcome Back to ME!



Hi all! Sorry agak lama dah tak menaip di sini. Nak kata terlalu banyak agenda tak jugak. Cuma kemalasan tu yang menghantui diri ini walaupun banyak nak story nak share dgn kengkawan semua. Mereka yg memang kenal in reality tu maybe tau la most of the updates. Kesian jugak kepada mereka yg hanya kenal me secara maya je sebab tak dapat sebarang update (masalahnya ada ke yg berminat nak tau? haha ;p) Apapun me cuba jugaklah utk review balik apa yg dah berlaku sepanjang tahun 2010 ni memandangkan kita hanya tinggal kurang 2 minggu menjelang tahun baru 2011.

January - March
One of the TM's subsidiary company.

Rasanya semua tau, sepanjang 3 bulan tu me having intership kat GITN Sdn Berhad. Boleh refer a few of my previous posts pasal intership ni. Lepas dah tamat 3 bulan tu, agak sibuk dgn preparation utk seminar FIES kat UTHM. Akhirnya me berjaya utk tamatkan pengajian yg ter-extend sampai ke 6 tahun. Muahahaha! Apapun, Alhamdulillah... :)

View dari luar apartment me.

Pertengahan March jugak, me dah start pindah ke rumah sewa yg terletak di Ukay Perdana, Ampang. Stay dgn 2 orang lagi kawan, Carl & Iwan. Not bad la apartment tu. Ada 3 bilik tidur, 2 bilik air. Cuma agak penat sikit la sebab walk-up apartment je, takde lif. So setiap hari wajib senaman la mendaki tangga ke tingkat 4. Huhu ;p

April
Outsource company. Maybe korang tak familiar kot.

Selang beberapa hari lepas tamat intership tu, me dapat call dari satu company. Actually dah pegi interview 2 kali kat company tu seminggu sblm tamat intership. I'm hired! Good news berganda for me after successfully complete my degree. Alhamdulillah... :) Tarikh mula me kerja kat situ 5 April 2010. Tak sampai seminggu pun dari tarikh tamat intership. Hehe ;)

Tak lama lepas me start kerja, tetiba me dan housemates terfikir nak bela anak bulus a.k.a. anak kucing. Yela dah stay rumah sewa ni boleh la nak bela sebab kami semua suka kucing. Kat rumah parent sblm ni agak payah la sebab mereka tak suka kucing. Especially umi dan adik laki me. Dia takut betul dgn kucing mcm nampak rimau je. Pelik sungguh kan? Haha ;p

Taraaa! Nama saya Jenny (^_^)

Kami adopt Jenny dari kawan my younger sister. Minah tu penakut kucing jugak sebenarnya tapi dia pulak mcm excited gila suruh adopt Jenny dari kawan dia. Tambah sorang lagi yg berperangai pelik dalam family ku. Haha ;p

May
Setiap hari pergi kerja me naik bas dan LRT je. Then sampai satu hari tu me dapat tau yg tak lama lagi me kena kerja shift. Tak tentu la maybe kena masuk kerja ptg then abis mlm atau masuk kerja malam balik awal pagi. Maksudnya akan susah la kalau hanya bergantung pd bus or LRT je. Terus la buat panggilan istimewa ke my mum kat kelantan nun utk membentangkan kertas cadangan membeli kereta. Hihihi ;p Seperti biasa, mak kesayangan ku mmg tak pernah mengecewakan anaknya. Tak sampai seminggu dia dah dapatkan Kelisa for me. She's the one yg paid the deposit for me. Thanks mummy ku! :D

Not the real picture but same color with my car ;)

June
Haa bulan ni mmg dinantikan setiap tahun. U guys know why la kan. Hehehe ;p Its my birthday! This year best sikit sbb ada surprise celebration for me. Even takdelah happening jemput ramai org but I really appreciate that! Thanks to Carl, Eyfa and Min for the surprise. Masa tu kami berempat tgh melalak kat Red Box. Time aku tgh feel nyanyi tetiba stop keluar lagu Happy Birthday. Then muncul la waiter Red Box bawak masuk cake. Patut la sblm tu mcm pelik je dorang keluar masuk dari bilik besar gajah tu. Rupanya tgh plan dgn org Red Box tu. Hampeh korang. Hehe ;p

Yer umur ku baru 7 tahun. Cuba kira lilin ;p

July
Agak payah jugak nak ingat apa yg berlaku pd bulan ni other than birthday org tu. Hehe ;) By the way, me and housemates most of the time kami hanya dinner kat Satay Sri Melaka AU5 Keramat sebab agak malas nak masak kat rumah walaupun segala kelengkapan ada. Yela, working hours kami tak sama. Me masa tu balik pukul 6pm, dorang pulak selalunya mlm baru balik. Mmg tak sempat la nak masak. Huhu ;p

Nak dijadikan cerita ada satu hari tu, masa tgh makan ada la beberapa ekor anak bulus berkeliaran tepi meja kami. Menagih simpati mintak makan. Kesian sgt tgk masing-masing buat muka seposen. Kami ni tak sampai hati tgk anak bulus kelaparan. Dah la semua kurus je tak cukup makan. Tak semena-mena kami terculik 2 ekor anak bulus teruna (dinamakan sbg Jerry & Nemon) kat situ bawak balik rumah. Hihihi ;p Bukan apa, kami pun kesian kat si dara Jenny lonely kat rumah. Main dgn bola dan tali tak bernyawa je setiap hari. Hahaha ;p

Ekor panjang tu Jenny. Yg kecik tu Nemon, atas sekali tu Jerry.
Ni gambar lepas beberapa bulan sebab tu nampak debab ;p

August
Hmm masa bulan ni seorang housemate ku decide utk tak tinggal kat rumah sewa lagi dah. Dia kembali duduk dgn parent dia atas sebab-sebab yg ku dan Carl pun tak tau. Mungkin dia ada alasan tersendiri kot. Takpelah nak buat mcm mana kan, kami tak boleh nak halang sebab itu pilihan dia sendiri. Kalau itu yg terbaik utk diri dia, so kami just terimalah seadanya. Pada mulanya, nak cari replacement utk ganti tempat dia. Tapi bila fikirkan balik, tak jadi pulak. Susah utk percaya org luar utk tinggal sekali. Kawan-kawan lain semua dah duduk rumah sewa masing-masing. So tinggal la berdua je kat rumah sewa tu bersama 3 anak bulus comel lote itu. Hehehe ;)

Nemon: Nak cium sikit boleh? Mwaahhh!
Jenny: Redha jela walaupun tak cukup umur (T_T)
Jerry: Tak boleh jadi ni! (sambil menjeling)

Enough pasal anak bulus. Seperti yg semua tau, bulan ni kan bulan puasa. Seperti tahun sblmnya, me dan Carl mmg akan sibuk dgn aktiviti 'melapis'. Dalam erti kata lain oven kami akan mula berasap time bulan puasa. Kami berdua sibuk dgn tempahan kek lapis utk raya. Tahun ni berbeza sikit sebab ada jemputan khas utk membantu. Kami terbangkan khas dari Kuching, chef kek lapis tersohor iaitu Mama Carl beserta dgn 2 orang lagi pembantu genit, Fify dan Dadai. Hihihi ;)

9 jenis kek lapis yg berbeza rupa dan rasa. Homemade here ok.
Tak main la import dari Sarawak. Kami import chef terus! Haha ;p

September
Fuhh! Bulan ni sgt mencabar bagi kami semua (me, Carl & mama Carl) sebab pelbagai masalah timbul masa nak siapkan tempahan kek lapis yg agak banyak tu. Dari tak cukup modal sampailah ke masalah kek yg rosak! Ya Allah, hanya Dia je yg tau perasaan kami masa tu. Hampir je nak give up dan batalkan semua tempahan. Alhamdulillah segalanya dapat kami atasi walaupun ada yg kecewa dan berkecil hati sebab kami tak dapat tunaikan permintaan mereka. Bukan sengaja nak buat mcm tu tapi benda dah nak jadi. Siapalah kami utk menghalang takdir kan? Bernasib baik jugak la sebab mama Carl ada kali ni. Beliau yg banyak bagi support pd me dan Carl. Dah berpengalaman lebih 10tahun kot. Cayalah aunt Rosiah! Hehehe ;D

Hasil titik peluh menjalankan bisnes kek lapis selama sebulan, dapat la sikit untung dari tu. Alhamdulillah... Dan akhirnya me berjaya utk beli phone baru iaitu Blackberry Curve 8520. Just a simple type of BB. Harga pun not bad (tu pun kebetulan Tesco ada buat promotion). Dah lebih 5 tahun kot tak beli phone. Selama ni just guna phone my sister dan my mum je. Huhu

Salam Aidilfitri dari kami di perantauan ;p

Tahun ni seperti biasa, me balik ke Kelantan beraya dgn my mum. Bertiga je kali ni sebab my elder sister balik Pahang, ayah pulak balik seminggu lepas raya. Walaupun tak happening, at least dapat beraya dgn mummy ku. Itu dah cukup bermakna. Takkan sekali-kali nak biarkan mak beraya sorang. Tak sampai hati nak buat camtu ok!

October
Masih dalam mood raya. Me dan Carl decide utk buat open house. Sebenarnya dah lama plan nak buat makan-makan (house warming) since April lagi. Tapi disebabkan ada seribu macam halangan tu yg tertangguh sampai berbulan-bulan. Huhu

Make over khas utk open house. Baiklah lupa nak bg kredit.
Hasil sentuhan Carl Zaflan. Puas hati skrg? Huhu ;p

Antara yg hadir:
Azlan and the typewriter. Eh bukan la, Ez ;)

Diva dan Akie

Sopie dan Eja

Kimie, Dura dan Adam (sorry lupa nama timangan ;p)

Ratu Zarnita dan Isz

Pengguna tegar BB, Nuar ;p

Juga pengguna tegar BB, Kash dan Abg Man ;)

My colleagues: Ash dan Sun

Juga colleague, Shah featuring teman wanitanya ;p

Bulan ni jugak bermakna utk diri ku sebab errr... Me officially graduated! Penantian selama 6 tahun akhirnya terbalas dgn segulung ijazah di tangan (walaupun tak digulung tapi belasah jela, typically org sebut camtu ;p) Alhamdulillah...

Finally! ;D

Thanks to Mell dan Zam ;)

Lovely roses by Mak, Ayah, Eyfa dan Carl

November
Nothing much happened. Just a short trip to Kuching visiting my friends there, Carl and Deq Sha. Carl dah pindah ke Kuching semula. Dapat kerja tetap kat UNIMAS. Congrats to him. So tinggal sorang kat rumah sewa tu. Then akhirnya decide utk keluar dari rumah tu dan lari dari rumah. Eh tak laa. Lari ke rumah parent semula je. Hehehe

Sedih jugak la nak keluar dari rumah sewa tu sebenarnya sebab dah make over cantik-cantik tetiba terpaksa pindah pulak. Hmmm... ;( Bukan tak nak cari pengganti housemate baru tapi mcm yg me ckp before la. Susah nak percaya org luar. Nak sewa sorang tak mampu. So nak tak nak terpaksalah pindah jugak. Goodbye~

December

Eh anak bulus siapa pulak ni? Haa nantikan...

- Will update soon since bulan ni belum tamat lagi. Sabarlah menanti. Huhu ;p

Sunday, October 12, 2008

Open House 2008

I dah start menerima undangan open house dari kwn2. Walaupun ketika ini i berada di Johor, undangan yg terima tetap meriah. Seronok dpt mkn sedap2 secara percume. Bkn selalu dpt peluang mcm nie. Instead, jimat duit makan i utk beberapa ari. Ahaks! =P

Location 1: Azizi's House (10th October 2008)

Actually, Azizi bkn kwn i but dia adalah classmate kpd housemate dan campusmates i. Ala-ala friend-of-friend concept la, mcm dlm friendster tu. So boleh consider as kwn i jugak la kan kan? Haha! =P Umah Azizi super besar yer. Living hall je ade 4 ok! Baby umur 10bulan pun boleh sesat kalo merangkak satu umah tu. Terpakse la bg baby tu walkie talkie. Hiks! =P Tujuan utama dia buat mkn adalah utk marhaban. Kat Johor mmg sinonim dgn marhaban dari umah ke umah nie. Dah jadi adat dorg bile time2 raye mcm nie. So i pun join jela dorg marhaban sekali. Agak lain skit melodi marhaban dorg, mula2 i mcm terpinga-pinga. Pelik je bunyinye. Tetibe i jadi tak ingat lirik. Confuse kejap. Hehe =P Apepun, menu kat umah dia mmg best. One of my fav dish kalo time2 open house, nasi tomato man. Hihihi... Then ade side dish yg lain iaitu cucur udang dan jugak tak lupe kuih2 raye. =)

Location 2: Yaya's House (11th October 2008)

Masih lagi mengamalkan konsep yg same, iaitu friend-of-friend. Yaya juga adalah kwn kpd housemate dan campusmates i. So i pun tumpang sekaki lah. Hehehe. Umah Yaya kat area Kluang, sebelum sampai kawasan bandar. Menu utama utk open house tu adalah nasi beriyani dan laksa johor. Then ade roti jala, fruit salad dan jugak pelbagai jenis kuih raye dan kek lapis. Masing2 pulang dgn perut yg penuh. Huhu!

Location 3: Suraya's House (12th October 2008)

Nampaknye konsep yg lame masih relevan utk diguna pakai. Suraya jugak adalah friend-of-friend. Hehehe. Tetibe je awal2 pagi ktorg dpt undangan ke umah dia. Mase kat umah Yaya mmg i ade berseloroh dgn dia, "Suri, ko takde rase nak buat open house ke? Bile lagi umah ko?". Mase tu dia ckp tak tahu lagi. Tup-tup pagi tadi dia jemput ktorg sume dtg umah makan2. Tak sangka pulak. Huhu! Umah Suraya kat area Batu Pahat jugak, kat Parit Karjo. Kali nie agak berbeza dari umah sebelum2 nie. Masakan kampung! Ade tomyam, udang masak merah, sayur campur, ikan tenggiri masin, sambal belacan dan jugak petai. Desert pulak adalah pineapple slices in syrup. Nyummie! =D

***to be continue***

Thursday, October 9, 2008

Eagle Eye

Selasa mlm yg lepas i dgn housemates (Padel, Acap & Nizam) pegi beraya umah 'kwn' Acap. Masa tgh bersiap nak pegi tu i berseloroh kat Padel, "i rase mcm nak tgk movie la, tapi tak tau bile nak pegi tgk". Then Padel pun ckp, "kite pegi mlm nie jela, i ok je". Haha! Memula i mcm saje2 je ckp camtu, tak sangka pulak Padel nak pegi. Huhuhu...

So lepas 15 minit ktorg beraya umah 'kwn' , ktorg terus bergegas ke Batu Pahat utk tgk movie. Kegigihan kami terserlah kembali. Huhu =P Dalam kul 9.30 camtu ktorg berjaya smpai kat dpn GSC nasib baik kaunter bukak lagi, sempat la beli tiket. Ktorg tgk movie Eagle Eye, show kul 9.50pm.

Overall, i rase movie tu not bad la sebab jalan cite dia mcm menarik. Especially bile Aria (computer) send message kat Jerry Shaw melalui electronic screen kat merata-rata tempat. Kat airport, railway station, tepi jln, byk tempat lagi la. Walaupun cite nie kkdg ade yg tak logik, tapi i tetap suke. Ala nama pun cite, rekaan semata2. Kpd yg rase nak tgk movie, Eagle Eye boleh jadi pilihan ketika ini dari u guys tgk lawak Senario yg mmg dah tak releven abad ini. Huhuhu...

Saturday, October 4, 2008

Syawal 2008

Satu-satunya pic berbaju raye utk tahun nie. Huhu

Tak happening. Itu jelah yg boleh i kata utk raya thn nie. Tak tahulah nape bleh jadi camtu. Maybe sebab thn nie i tak beraya dgn sume family i kot. My sis balik raye umah mertua dia, my dad pulak balik kg my step mum. So i just beraya dgn my mum and my lil sis kat kelate. Tapi yg agak seronok thn nie, i dapat duit raye lebih banyak. Hehehe. Alhamdulillah...=)

Apepun, Salam Aidilfitri buat sume kawan2 dan sesiapa saja yg sudi singgah blog nie. Tak sabar nak terima undangan open house. Jgn lupe jemput i yer kawan2 sume. Hihihi.

Monday, October 15, 2007

It's Raya Time !

waaaa..sudah raya yeaaaayyyyyy!!! *hepi sakan bdk ni. dah mcm kanak-kanak riang pulak kan kan. huhu! rasanye sume sedia maklum thn ni aku beraya kat mane. aku ala-ala tak bape rasa happening je raya kat sana. ape yg aku jangkakan betul. raya kali ni tak la se'havoc' raya aku yg sebelum2 ni.

but ade dua perkara yg aku suke pasal raya thn ni. firstly, utk julung2 kalinya aku dan mak aku berjaya buat kuih raya dgn cemerlang. kalau tak, raya sebelum2 ni ade je yg tak kena dgn kuih raya yg ktorg buat. keras la, tak rapuh la, terlebih manis la dan mcm2 lagi. tapi utk thn ni, semua kuih raya berjaya dihasilkan tanpa cacat cela. *bangga dan sukenya aku! ;) sebenarnya aku nak post gambar kuih yg aku buat tu kat sini. malangnya atas sebab2 yg tak dapat dielakkan, aku belum berjaya nak post gambar tu kat sini. tunggulah nanti ok. (saje nak buat korg sume tertunggu2..huhu!)

hah yg tu satu, yg satu lagi pulak. aku suke sgt dgn baju raya aku thn ni sbb baju tu la paling cantik dan 'over' penah aku tempah utk raya. hak3! *pd pandangan aku la..huhu! bkn la over sampai ade manik2 or labuci2 bagai tapi agak lain la dari baju melayu biase. kain yg aku gune utk buat baju tu pun agak over. kain tu actually agak sesuai utk buat evening dress tapi aku buat baju raya. mcm mane tu ? huhuhu. whatever pun kain tu dah jadi baju raya aku. org nak ckp over ke ape ke aku pedulik hape. i don't care, ckplah ape pun. bagi aku baju tu cantik ! *bangga lagi! ;) kpd yg nak tengok baju tu, boleh la singgah kat myspace aku. korg view la pic aku kat situ. then kalau tak keberatan komen sekali tau. hehe...

***erkk.. aku tetiba kering idea nak menaip. nanti aku smbg lagi. later~ !

Atas permintaan ramai pihak, aku post jugak la pic aku time raya. Biasalah, hati peminat kena jaga kan. Hahaha !