Saturday, August 2, 2008

Ohw..really???

Tahukah Anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

Percayakah Anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Tahukan Anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post kali ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

Wednesday, July 30, 2008

Mari C O M O L O T !

Ptg tadi aku kuar dengan Acap dan Zam, nak pegi ambik 'kawan' Zam kat bus stand. Then dlm perjalanan tu, tetiba si Acap ajak pegi kedai ikan. Dia nak bela 'anak angkat' jugak. Jeles lah tu, tengok kemesraan aku dgn Jeremy kat umah. Hahaha =p

Sampai kat kedai ikan tu, ktorg pun tengok2 la ikan yg banyak kat situ. Macam2 jenis ikan ade kat situ. Boleh kata sume jenis ikan lah ade. Yang takde, ikan kering je. Huhu =p

Then aku nampak satu jenis ikan yg agak menarik. Sebelum ni aku tak pernah jumpe kat kedai lain. Tak sangka pulak boleh jumpe kat situ. Aku pun terus la dgn tak sengaja menambah koleksi 'anak angkat'. So, skrg aku ade tiga 'anak angkat'! =p

Kissing Gourami

Monday, July 28, 2008

Welcome J E R E M Y !

Dah lame aku impikan membela 'anak angkat', since dari sem lepas lagi. Tak tertunai-tunai jugak hajat aku tu. Ade je halangan melintang menegak membujur bagai. Tapi ntah mcm mana kali ni ade rezeki aku. Akhirnya impian aku tu tercapai! Takyah kawin pun dah dapat 'anak'. Seronoknya!!! Jimat tenaga. Muahahahaha!

Yup! Aku ade 'anak angkat' baru. Namanya Jeremy. Umur baru masuk 3 bulan setengah. Tapi dah reti merangkak dan berlari dgn lajunya. Hebatkan dia? Ahaks! =p

Nak tengok gambar Jeremy?

10
.
.
.
9
.
.
.
8
.
.
.
7
.
.
.
6
.
.
.
5
.
.
.
4
.
.
.
3
.
.
.
2
.
.
.
1
.
.
.
Jeng! Jeng! Jeng!!!
Hee..Comey kan? Genit mcm tuan dia jugak. Haha =p

Wednesday, July 23, 2008

B.O.N.G.O.K !

Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga, bongok bermaksud 1. terlalu gemuk sehingga tidak seimbang dgn tinggi, besar tetapi pendek; 2. bodoh, dongok. Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku tetiba wujudkan entri pasal perkataan ni. Hanya kwn2 terdekat je yg tahu ape yg berlaku kat aku Isnin baru-baru ni.

Utk pengetahuan korang sume, adela seseorang yg sepatutnya aku hormati telah dengan sengaja dan berbangga melemparkan perkataan tu kat aku. Apa yg korang rase bile orang yg mengajar kita untuk menjadi insan berguna melemparkan kata-kata mcm tu kat korang di khalayak ramai? Wajarkah tindakan beliau? Hantarkan sms anda, taip YA atau TIDAK ke 01234***** huhu =p

Aku mengaku mmg salah aku time tu. Sebabnya, aku tak bgtau die nama aku takde dlm list. Then aku just tulis je nama aku kat list tu tanpa bgtau kat dia dulu. That's it! Adakah itu kesalahan yg amat maha super duper besar?? Tak cukup dgn itu, dia mempertikaikan pulak pemakaian aku time tu. Die kata dr cara pemakaian aku tu boleh nampak yg perangai dan disiplin aku teruk. What the hell??!! Aku bukannya bogel ke separuh bogel ke ape ke. Aku just pakai mcm student2 lain gak. Collar t-shirt, jeans and shoes. Ko nak aku pakai jubah dgn serban bagai ke baru ko nak cakap perangai dan disiplin ok. Tak paham aku. Damn u!!!!

Kalo nak kate die tu hebat sgt, ala stakat tutor JE! Even prof2 dan lecturer pun tak nyibuk mcm dia. Tekanan aku dibuatnya. Agaknya dulu dia slalu kena bongok dgn org kot sbb tula bile dah tua nak balas dendam kat student sendiri plak kan. Bongok! Nasib baik la aku just jumpe muke die 4 kali je utk sem ni. Ade lagi 3 kali je aku kena ngadap muke die. Huhh!!!

Thursday, July 10, 2008

Aku.Sepi.Dia

Jam 4.45ptg. Aku baru pulang dari kampus. Suasana ptg membuatkan perasaan aku tetibe bercampur baur. Hujan yg turun bagaikan memahami ape yg terbuku di hati aku saat ini. Diiringi dgn melodi lagu Sepi (nyanyian Yuni Shara) seakan melengkapkan semua ini. Bila dihayati bait-bait liriknya memang kena dgn diri aku. Ya, aku S.E.P.I....... =(

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam