Saturday, September 27, 2008

Closing of Ramadhan 2008

Sebelum mengakhiri bulan yg mulia nie, smlm i kuar berbuka puasa bersama Asbul, Alimie, Eja, Isz dan Zarnita. Lokasi pilihan ktorg utk tahun nie ialah Chillis, KLCC. Walaupun pd mulanya ada yg x brapa setuju, tp setelah dipujuk rayu oleh Alimie (pengarah program) akhirnya sume setuju utk buka puasa kat situ.

Kira-kira jam 5.30ptg, i tiba di KLCC bersama Eja utk booking tempat. Smpai je dpn Chillis tu, terkejut ktorg sbb tgk ramai giler org beratur tunggu turn nak masuk. Ade la dlm 10meter org tgh Q. Perggh! Rase mcm nak cancel je. Tapi sbb dah smpai kan, so nak tak nak ktorg berdua beratur jela dgn rela hati.

Lepas 15minit, Asbul dan Isz pulak smpai. Diikuti dgn Zarnita 10minit kemudian. Si pengarah program je yg tak smpai2. Patutnye dia yg smpai dulu tp ktorg pulak yg kena beratur lame2. Hampeh btol!

Selepas sejam beratur, baru la ktorg dapat seat kat Chillis tu. Fuhh! Alhamdulillah... Waiter pun dah get ready nak amik order, si Alimie x muncul2 gak. Memula ktorg propa waiter tu konon2 kwn sorg lagi gi toilet tapi bile dah lame sgt ktorg pun trus jela order dulu. Malas nak tnggu lagi dah. Huhh! Lepas je ktorg order barulah muncul si Alimie. Dia yg paling last order, padan muke! =p

Tepat jam 7.05pm, order ktorg pun smpai. Ni lah menu i utk aritu. Taraaaa!

Monterey Chicken with Bottomless Orange Juice

Sebelum menjamu selera, pose lah dulu. Hehe

Sedap tau monterey chicken tu. Mashed potato yg ade skali tu pun sgt delicious. Smpai licin plate i mkn. Huhu =p Anyway, thanks to Alimie coz blanja i mkn. Tanpa dia mungkin i tak dapat merasa hidangan sesedap itu. Huhu

Thursday, September 25, 2008

Baru

Last weekend sy balik ke kelate. Umah siapa?? Kepada yg tak tahu, sebenarnya sy ade umah kat sane. Mak sy tinggal dan kerja di kelate. Mcm dah agak lame tak balik sane, kebetulan pulak skrg nie bulan puasa. So sy pun decide nak balik sane walaupun sekejap at least dapat jugak berpuasa dgn mak. =)

Sepanjang 3 ari kat sane, asyik keluar je ngan mak dan ayah. Tak lekat kat umah. Keluar pagi, time nak berbuka baru balik. Huhu! Itu dah mmg jadi aktiviti wajib kalau sy dan ayah balik. Ade je plan mak ngan ayah. Seperti kebiasaannya, ape lagi kalau bukan shopping. Kali nie mak sy berjaya menambah koleksi perabot kayu jati dia. Mak sy mmg sgt obses dgn perabot2 kayu jati nie. Sampai dah penuh kat ruang tamu. Tak muat nak letak dah. Apapun boi ucapkan tahniah buat mak. Ahaks! =p

Mlm sebelum nak balik semula ke johor, mak sy tetibe je bagi something. Hadiah katanya. Nervous jugak dibuatnya. Huhu..Nak tau ape? Nie haa.....



Ingatkan ape dia, sekali handphone daa. Sy pun terima lah dgn hati yg terbuka dan gembiranya. Hehehe... Kebetulan handphone yg lame tu pun mcm dah agak season. Walaupun handphone nie tak secanggih dan semahal org lain punya, sy tetap bersyukur sebab mak sy yg bagi. Sayang mak! =)

Tuesday, September 23, 2008

Ramadhan Kian Berlalu

Assalamualaikum sume. Lama sgt tak menulis dlm nie, dah agak bersawang kot. Haha! Bukan sengaje tak nak update cume kkdg tu takde idea nak menulis. Nak kate takde mende nak ditulis tak jugak, hakikatnya byk je kot. Hehe... Erm, pejam celik dah nak masuk terakhir kita sume berpuasa kan. Sekejap pulak rasanye masa berjalan. Tahun nie mcm tak rase sgt puasa. Takde feeling kot. Ahaks!

Apepun tahun nie sy tak dapat puasa penuh seperti tahun2 sblm nie. Ade tinggal 1 ari. Huhu! Tu pun bersebab bukan sengaja. Sy kena gastrik minggu lepas, so utk mengelakkan dari bertambah teruk terpaksalah tak puasa selama sehari. Hehe.. Alhamdulillah lepas tu gastrik tu semakin pulih dan skrg perut sy dah kembali normal seperti biasa. Yippie! =D

Hari nie sy plan nak ajak kawan2 berbuka kat luar. Berbuka ramai2. Tapi tak pastilah jadi ke tak. Semua masih dlm perancangan. Belum dpt kata putus. Ahaks =p Adakah sy dan kawan2 akan berbuka di luar hari nie? Sama2 kite tunggu. Nantikan sambungan post nie lepas berbuka. Huhuhu =p

~~~~~~~~~~***~~~~~~~~~~
updated!

Atas sebab2 yg tak dapat dielakkan, kitorg tak jadi pun pegi berbuka puasa kat luar. Akhirnya sy dan housemates makan kat umah je. Kitorang beli kat bazaar. Menu kitorang arini: Nasi Lemak Telur, Laksa Penang, Bihun Goreng, Cendawan Goreng, Kuih-Muih dan Air Tembikai Susu dan Soya. =) Puas hati dgn ape yg dibeli. Semuanya boleh tahan sedap. Kenyang! Hehe