Monday, December 20, 2010

Welcome Back to ME!



Hi all! Sorry agak lama dah tak menaip di sini. Nak kata terlalu banyak agenda tak jugak. Cuma kemalasan tu yang menghantui diri ini walaupun banyak nak story nak share dgn kengkawan semua. Mereka yg memang kenal in reality tu maybe tau la most of the updates. Kesian jugak kepada mereka yg hanya kenal me secara maya je sebab tak dapat sebarang update (masalahnya ada ke yg berminat nak tau? haha ;p) Apapun me cuba jugaklah utk review balik apa yg dah berlaku sepanjang tahun 2010 ni memandangkan kita hanya tinggal kurang 2 minggu menjelang tahun baru 2011.

January - March
One of the TM's subsidiary company.

Rasanya semua tau, sepanjang 3 bulan tu me having intership kat GITN Sdn Berhad. Boleh refer a few of my previous posts pasal intership ni. Lepas dah tamat 3 bulan tu, agak sibuk dgn preparation utk seminar FIES kat UTHM. Akhirnya me berjaya utk tamatkan pengajian yg ter-extend sampai ke 6 tahun. Muahahaha! Apapun, Alhamdulillah... :)

View dari luar apartment me.

Pertengahan March jugak, me dah start pindah ke rumah sewa yg terletak di Ukay Perdana, Ampang. Stay dgn 2 orang lagi kawan, Carl & Iwan. Not bad la apartment tu. Ada 3 bilik tidur, 2 bilik air. Cuma agak penat sikit la sebab walk-up apartment je, takde lif. So setiap hari wajib senaman la mendaki tangga ke tingkat 4. Huhu ;p

April
Outsource company. Maybe korang tak familiar kot.

Selang beberapa hari lepas tamat intership tu, me dapat call dari satu company. Actually dah pegi interview 2 kali kat company tu seminggu sblm tamat intership. I'm hired! Good news berganda for me after successfully complete my degree. Alhamdulillah... :) Tarikh mula me kerja kat situ 5 April 2010. Tak sampai seminggu pun dari tarikh tamat intership. Hehe ;)

Tak lama lepas me start kerja, tetiba me dan housemates terfikir nak bela anak bulus a.k.a. anak kucing. Yela dah stay rumah sewa ni boleh la nak bela sebab kami semua suka kucing. Kat rumah parent sblm ni agak payah la sebab mereka tak suka kucing. Especially umi dan adik laki me. Dia takut betul dgn kucing mcm nampak rimau je. Pelik sungguh kan? Haha ;p

Taraaa! Nama saya Jenny (^_^)

Kami adopt Jenny dari kawan my younger sister. Minah tu penakut kucing jugak sebenarnya tapi dia pulak mcm excited gila suruh adopt Jenny dari kawan dia. Tambah sorang lagi yg berperangai pelik dalam family ku. Haha ;p

May
Setiap hari pergi kerja me naik bas dan LRT je. Then sampai satu hari tu me dapat tau yg tak lama lagi me kena kerja shift. Tak tentu la maybe kena masuk kerja ptg then abis mlm atau masuk kerja malam balik awal pagi. Maksudnya akan susah la kalau hanya bergantung pd bus or LRT je. Terus la buat panggilan istimewa ke my mum kat kelantan nun utk membentangkan kertas cadangan membeli kereta. Hihihi ;p Seperti biasa, mak kesayangan ku mmg tak pernah mengecewakan anaknya. Tak sampai seminggu dia dah dapatkan Kelisa for me. She's the one yg paid the deposit for me. Thanks mummy ku! :D

Not the real picture but same color with my car ;)

June
Haa bulan ni mmg dinantikan setiap tahun. U guys know why la kan. Hehehe ;p Its my birthday! This year best sikit sbb ada surprise celebration for me. Even takdelah happening jemput ramai org but I really appreciate that! Thanks to Carl, Eyfa and Min for the surprise. Masa tu kami berempat tgh melalak kat Red Box. Time aku tgh feel nyanyi tetiba stop keluar lagu Happy Birthday. Then muncul la waiter Red Box bawak masuk cake. Patut la sblm tu mcm pelik je dorang keluar masuk dari bilik besar gajah tu. Rupanya tgh plan dgn org Red Box tu. Hampeh korang. Hehe ;p

Yer umur ku baru 7 tahun. Cuba kira lilin ;p

July
Agak payah jugak nak ingat apa yg berlaku pd bulan ni other than birthday org tu. Hehe ;) By the way, me and housemates most of the time kami hanya dinner kat Satay Sri Melaka AU5 Keramat sebab agak malas nak masak kat rumah walaupun segala kelengkapan ada. Yela, working hours kami tak sama. Me masa tu balik pukul 6pm, dorang pulak selalunya mlm baru balik. Mmg tak sempat la nak masak. Huhu ;p

Nak dijadikan cerita ada satu hari tu, masa tgh makan ada la beberapa ekor anak bulus berkeliaran tepi meja kami. Menagih simpati mintak makan. Kesian sgt tgk masing-masing buat muka seposen. Kami ni tak sampai hati tgk anak bulus kelaparan. Dah la semua kurus je tak cukup makan. Tak semena-mena kami terculik 2 ekor anak bulus teruna (dinamakan sbg Jerry & Nemon) kat situ bawak balik rumah. Hihihi ;p Bukan apa, kami pun kesian kat si dara Jenny lonely kat rumah. Main dgn bola dan tali tak bernyawa je setiap hari. Hahaha ;p

Ekor panjang tu Jenny. Yg kecik tu Nemon, atas sekali tu Jerry.
Ni gambar lepas beberapa bulan sebab tu nampak debab ;p

August
Hmm masa bulan ni seorang housemate ku decide utk tak tinggal kat rumah sewa lagi dah. Dia kembali duduk dgn parent dia atas sebab-sebab yg ku dan Carl pun tak tau. Mungkin dia ada alasan tersendiri kot. Takpelah nak buat mcm mana kan, kami tak boleh nak halang sebab itu pilihan dia sendiri. Kalau itu yg terbaik utk diri dia, so kami just terimalah seadanya. Pada mulanya, nak cari replacement utk ganti tempat dia. Tapi bila fikirkan balik, tak jadi pulak. Susah utk percaya org luar utk tinggal sekali. Kawan-kawan lain semua dah duduk rumah sewa masing-masing. So tinggal la berdua je kat rumah sewa tu bersama 3 anak bulus comel lote itu. Hehehe ;)

Nemon: Nak cium sikit boleh? Mwaahhh!
Jenny: Redha jela walaupun tak cukup umur (T_T)
Jerry: Tak boleh jadi ni! (sambil menjeling)

Enough pasal anak bulus. Seperti yg semua tau, bulan ni kan bulan puasa. Seperti tahun sblmnya, me dan Carl mmg akan sibuk dgn aktiviti 'melapis'. Dalam erti kata lain oven kami akan mula berasap time bulan puasa. Kami berdua sibuk dgn tempahan kek lapis utk raya. Tahun ni berbeza sikit sebab ada jemputan khas utk membantu. Kami terbangkan khas dari Kuching, chef kek lapis tersohor iaitu Mama Carl beserta dgn 2 orang lagi pembantu genit, Fify dan Dadai. Hihihi ;)

9 jenis kek lapis yg berbeza rupa dan rasa. Homemade here ok.
Tak main la import dari Sarawak. Kami import chef terus! Haha ;p

September
Fuhh! Bulan ni sgt mencabar bagi kami semua (me, Carl & mama Carl) sebab pelbagai masalah timbul masa nak siapkan tempahan kek lapis yg agak banyak tu. Dari tak cukup modal sampailah ke masalah kek yg rosak! Ya Allah, hanya Dia je yg tau perasaan kami masa tu. Hampir je nak give up dan batalkan semua tempahan. Alhamdulillah segalanya dapat kami atasi walaupun ada yg kecewa dan berkecil hati sebab kami tak dapat tunaikan permintaan mereka. Bukan sengaja nak buat mcm tu tapi benda dah nak jadi. Siapalah kami utk menghalang takdir kan? Bernasib baik jugak la sebab mama Carl ada kali ni. Beliau yg banyak bagi support pd me dan Carl. Dah berpengalaman lebih 10tahun kot. Cayalah aunt Rosiah! Hehehe ;D

Hasil titik peluh menjalankan bisnes kek lapis selama sebulan, dapat la sikit untung dari tu. Alhamdulillah... Dan akhirnya me berjaya utk beli phone baru iaitu Blackberry Curve 8520. Just a simple type of BB. Harga pun not bad (tu pun kebetulan Tesco ada buat promotion). Dah lebih 5 tahun kot tak beli phone. Selama ni just guna phone my sister dan my mum je. Huhu

Salam Aidilfitri dari kami di perantauan ;p

Tahun ni seperti biasa, me balik ke Kelantan beraya dgn my mum. Bertiga je kali ni sebab my elder sister balik Pahang, ayah pulak balik seminggu lepas raya. Walaupun tak happening, at least dapat beraya dgn mummy ku. Itu dah cukup bermakna. Takkan sekali-kali nak biarkan mak beraya sorang. Tak sampai hati nak buat camtu ok!

October
Masih dalam mood raya. Me dan Carl decide utk buat open house. Sebenarnya dah lama plan nak buat makan-makan (house warming) since April lagi. Tapi disebabkan ada seribu macam halangan tu yg tertangguh sampai berbulan-bulan. Huhu

Make over khas utk open house. Baiklah lupa nak bg kredit.
Hasil sentuhan Carl Zaflan. Puas hati skrg? Huhu ;p

Antara yg hadir:
Azlan and the typewriter. Eh bukan la, Ez ;)

Diva dan Akie

Sopie dan Eja

Kimie, Dura dan Adam (sorry lupa nama timangan ;p)

Ratu Zarnita dan Isz

Pengguna tegar BB, Nuar ;p

Juga pengguna tegar BB, Kash dan Abg Man ;)

My colleagues: Ash dan Sun

Juga colleague, Shah featuring teman wanitanya ;p

Bulan ni jugak bermakna utk diri ku sebab errr... Me officially graduated! Penantian selama 6 tahun akhirnya terbalas dgn segulung ijazah di tangan (walaupun tak digulung tapi belasah jela, typically org sebut camtu ;p) Alhamdulillah...

Finally! ;D

Thanks to Mell dan Zam ;)

Lovely roses by Mak, Ayah, Eyfa dan Carl

November
Nothing much happened. Just a short trip to Kuching visiting my friends there, Carl and Deq Sha. Carl dah pindah ke Kuching semula. Dapat kerja tetap kat UNIMAS. Congrats to him. So tinggal sorang kat rumah sewa tu. Then akhirnya decide utk keluar dari rumah tu dan lari dari rumah. Eh tak laa. Lari ke rumah parent semula je. Hehehe

Sedih jugak la nak keluar dari rumah sewa tu sebenarnya sebab dah make over cantik-cantik tetiba terpaksa pindah pulak. Hmmm... ;( Bukan tak nak cari pengganti housemate baru tapi mcm yg me ckp before la. Susah nak percaya org luar. Nak sewa sorang tak mampu. So nak tak nak terpaksalah pindah jugak. Goodbye~

December

Eh anak bulus siapa pulak ni? Haa nantikan...

- Will update soon since bulan ni belum tamat lagi. Sabarlah menanti. Huhu ;p

Wednesday, March 31, 2010

- The End -

Setelah 12 minggu, aku akhirnya berjaya menamatkan latihan industri di GITN Sdn. Berhad. Alhamdulillah sepanjang aku kat situ, takde masalah yg terjadi. Kalo ade pun just masalah aku dgn LRT dan bas je. Hehe =P

Hari ni, aku tiba di Batu Pahat utk menghadiri FKEE Industrial Experience Symposium (FIES) 2010. Esok adalah hari di mana aku bakal menamatkan pembelajaran aku secara tak rasmi. Horray!!! =)

Wednesday, February 24, 2010

Misi Pertama

Masa otw naik LRT nak gi keje pagi tadi, tetibe ade sesuatu terlintas dlm otak aku. Boleh kata setiap hari aku naik LRT. So aku rase aku nak lancarkan misi utk naik kesemua tren LRT Aliran Kelana Jaya (formerly known as Putra LRT)! Aku akan pastikan misi aku ni berjaya sebelum aku abis praktikal hujung Mac nanti. Mungkin ade yg akan kata mende ni merepek ke ape ke tapi aku tetap nak buat jugak sebab aku rase mcm menarik je. Hehe

Okla, kepada yg tak tau. LRT Aliran Kelana Jaya ade 42 tren kesemuanya (setakat hari ini). Jumlah tu termasuk 6 buah tren 4-koc yg baru tu. Setiap tren ade no tren yg berbeza.

Sbg contoh: 213
Just amik dua nombor paling akhir. Maksudnya no tren ialah '13'. '2' tu mewakili gerabak tren tu.

Kat bwh ni senarai tren yg ade. Yg aku dah palang tu maksudnya aku dah naik la.

01 * Royal Train..tren ni mmg disimpan utk golongan diraja je kot.huhu
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23 * speaker dlm tren ni kuat giler! huhu
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46

Tren no 43 hingga 46 tu baru je ade last week. So aku tak sempat nak naik lagi buat ketika ini. Huhu

*** Update: Me dah tak naik LRT skrg ni. So dgn ini misi kurang berjaya atau senang ckp dibatalkan terus. Haha ;p ***

Friday, February 12, 2010

Nadiku by Sabhi Saddi


Suara kisah kita
Yang sehalus sahutan di mata
Segala norma yang melena ku
Pada aroma syurga kita

Nan syahdu cinta menunggu
Sayunya kerna air matamu

(Chorus)
Nadiku bagaikan berlagu
Nantimu hentikan apa berlaku padamu
Yang ku temu
Hadirmu sambutlah damba dakapanku

Suria kasih kita
Yang berbisik gerimis serinya
Seindah frasa yang damaikanku
Walau sezarah air mata

Biar ku kucup wajahmu
Leburkan saja ia padaku

(Repeat Chorus)





Wednesday, February 10, 2010

Oh Log Book!

Baru dpt call dari supervisor utk LI (Latihan Industri). Kali ni lecturer aku sendiri yg dtg evaluate. Aku penah masuk klas dia dulu. Kalo tak silap dia ajar subjek machine n drive. Okla kot since dia pun major dlm machine n power. So nanti takdelah dia byk tanye sgt. Hope so. Lgpun dia mmg lecturer yg sempoi n tak byk songeh (as far as i concern lah). Tatau la kan kalo skrg ni dah berubah ke mengikut peredaran masa. Huhu

Sblm ni aku mcm ternanti je kedatangan supervisor. Tapi bile dpt tau dia nak dtg evaluate next week, terasa sikit cuak di hati ku ini. Log book LI aku mcm tak complete je. Utk seminggu dua ni mcm takde keje pun, so mmg kosong la tak terisi ape² dlm tu. Ni tgh pikir ape la aku nak propa supaya nampak mcm penuh dgn aktiviti harian. Setiap hari aku dtg office just utk online je. Kalo ade keje pun tak sampai stgh jam dah settle. Selebihnya mmg aku melangut je dpn pc. Sbb tula aku ade byk mase utk online fb, ym, tgk movie, layan youtube n siap boleh update blog, tukar² layout lagi. Mampu korg buat cmtu? Hihihi ;)

Agak besar kan log book ni? Yg nak diisi mcm ciput je. Heee :p





Tuesday, February 9, 2010

Career Test

Beberapa hari ni, dlm kepala ni asyik pikir je mende yg same. Aku tgh pikir keje ape yg sesuai utk diri aku ni. So semalam aku pun try google online career test. Kot² dpt la idea keje yg sesuai. Then terjumpe la satu yg mcm menarik, Careertest.net

Lepas jawab sume soalan yg diberikan, ni lah keputusannya...


Ape itu 'ISFJ'? Maksudnya sume ade kat bwh ni...

Then lastly, ni la senarai job yg sesuai dgn aku. Ade yg mcm kelakar biler dibayangkan. Tapi ade gak yg mcm aku rase kena dgn diri aku. Apepun ni hanya sbg rujukan je tak semestinya betul kan. Hehe :)

Yg aku mark merah tu antara yg aku agak minat la nak jadi. All the best to me! :D

Kepada yg nak try career test ni just pegi kat web ni.. Careertest.net




Monday, February 8, 2010

Shortlisted!


Tahniah buat diri aku sebab berjaya memboloskan diri sampai ke final stage mase audition last week. Tak sangka betul aku terpilih, dlm ramai² manusia yg dtg audition aku gak yg terpilih. Hihihihi ;p

Persoalannya.. audition apakah??

AF ???

Hahahaha.. bertuah la kalo aku gi audition AF. Kalo bwk or teman kwn ke gi audition logik la jugak kan. Nak aku masuk, tunggulah sampai musim ke-50 sekalipun belum tentu aku join audition AF. Cukuplah sekadar jadi pengikut rancangan tu je weh. Kalo aku yg masuk sape pulak nak jadi pengikut kalo aku takde. Haaaaa! :p

Yg sebenarnya...dan sebenarnya...la la laaaa(background lagu Yuna yg mcm org malas nak nyanyi tu *mak aku kata.hihi) Aku tak gi audition pun. Aku just attend interview keje sajork. Hehehe ;)

Tarikh & Masa: 5/2/2010 3.30ptg
Lokasi: Talent Lab, Jalan Telawi, Bangsar Baru
Jawatan: Business Analyst (Maybank)

Disebabkan aku terlalu bijak dan cerdik, maka dgn itu mereka telah offer post lain utk aku iaitu Customer Service Executive (CSE). Mungkin dorg takut aku menjahanamkan business dorg agaknya. Hahahaha! :p

Anyway, interview berjalan dgn agak baik. Conduct fully in English walaupun speaking London aku yg nan hado nih. Aku shortlisted gak utk final interview by Maybank. Alhamdulillah.... :)

Tarikh & Masa: 9/2/2010 9.00pg
Lokasi: Maybank Call Centre, Bukit Jelutong, Shah Alam

Ambikk ko. Sampai ke ceruk itu call centre dorg. Huhu. Aku tgh berkira² nak pegi or tak esok. Memandangkan access ke sana yg agak susah. Aku takde transport buat masa ni. Just gune public transport je nak gi keje. Plus, aku bukan suke sgt nak jawab call² customer ni compare to meet them face to face. Itu lebih menarik dan adventure. Gituhh! :p

*p/s: masih mencari keje yg btul² sesuai dgn aku..sampai skrg masih kabur..hmm.....




Friday, January 29, 2010

Chip Hup Holdings Yang C***p!


Sorry kalo agak biadap dlm entri kali ni. Tapi ape aku peduli kan. Blog aku. So aku punye suke la nak biadap ke ape ke sebab aku geram sgt dgn company Chip Hup Holdings (CHH) !

PART 1
One week ago, aku ade tgk iklan data entry job kat website Mudah. Yela, skrg ni aku tgh praktikal kat GiTN tapi tak dpt elaun kat company tu. So dgn harapan aku nak cari la peluang² buat keje part time to gain some cash at least kan. Tapi lain yg aku harapkan, lain pulak yg jadik.

Nak dijadikan cerita, aku pun apply la job yg dlm iklan tu. Then sehari lepas tu dpt la feedback melalui email..

Hye There,

Please come to our open interview tomorow ( 23/01/2010 ) at 10am. Don't forget to bring along your resume, photostat I.C, a photo and ask for Ms.Maya.
The address is;
Olympic International Business Limited,
Block E,Level 3A, Unit 1,
Megan Avenue 1,
Jalan Tun Razak,
Kuala Lumpur

P/s : Those that didnt give their contact number please reply with details through this email. thank you

Then beberapa jam lepas receive email tu, aku dapat call. Sorg pompuan. Katanya dari Olympic International Bussiness Limited. Ckp dgn aku gune bahasa Melayu sajork. International la sgt kan! Whatever lah. Mula² dia nak ckp dgn Mohd Khairul. Pastu aku ckp yg tgh ckp ni bukan Mohd Khairul. Then dia tanye aku balik, ade apply keje tak kat Olympic bla bla bla... Aku jawab la mmg ade apply, tapi nama aku lain. Pastu dia bleh ckp,
"Eh, sorry² silap. Sy nak ckp dgn encik sebenarnya. Confuse sikit tadi. Hehe.. Sorry ye En. Fitri ".
Dlm hati aku,
"Ape la punye staf, mende simple camtu pun bleh silap. Tak profesional langsung!"
Lepas tu dia bgtau la suruh dtg interview bla bla bla... Sama mcm dlm email tu. Then aku pun confirmkan akan dtg interview tu. Aku letak fon. Tak sampai 1minit dpt call lagi. Org yg sama gak. Kali ni dia nak ckp dgn Cik Nur Hazlinda pulak. Aku pun ckp,
"Cik, lepas ni elok pegi check mata tu. Dah rabun sgt kot. Asyik silap tgk je. Bukan ke cik dah call sy tadi?".
Dia pun skali lagi ckp,
"Sorry..sorry encik. Hehe.."
Dlm hati aku,
"Pale otak ko la sorry. Juling kot pompuan nih. Buta nombor kot. Mcm mane la bleh dpt keje company yg katanye 'International' sgt tuh. Haaaa!" :p
Tu baru abis Part 1 yer. Ade 3 sumenye. Merasalah korg bace entri aku kali ni panjang giler. Kalo jd juling mcm pompuan tuh jgn salahkan aku yer. Hahaha! :p

PART 2
23 Jan, 10 pagi. Aku menuju ke Megan Avenue 1, Jln Tun Razak. Naik LRT sajork. Sampai je kat tingkat 3A, aku carik la nama company sukan Olympic tu. Takde pun. Yg ade kat situ just Chip Hup Holdings Sdn Bhd. Then ade la sorg pompuan pose kat tangga muka ala² ****cur je sambil smoking.

Dia pun tanye,
"Nak interview ke? Masuk dulu isi borang".
Then dia pun bagi borang suruh aku isi. Aku pun tgk la sekeliling ofis tu. Takde pun nama Olympic tu. Then aku risau la kot² silap ke kan. Aku pun kuar jap tanye pompuan yg ala² ****cur tu.
"Ni company Olympic International ke?".
Dia pun angguk. Aku pun sambung la isi borang sambil tu mata aku meliar la tgk keliling ofis tu. Pelik sgt ofis tu. Mcm ofis baru nak setup je. Pastu ade bilik² kecik yg just ade meja n kerusi. Aku start mcm rase lain je. Bkn la seram seramik ke ape. Cume aku rase mcm ade yg tak kena dgn company tu. Tapi abaikan jela mungkin company tu btul² baru moved in kat ofis tu ke kan. Then lps isi tu aku tunggu la kemunculan Miss Maya yg dikatakan akan interview aku tu. Dlm 10min lepas tu baru la muncul sorg pompuan.

Dia panggil,
"Awak interview dgn Cik Maya ye?"
Aku angguk jela. Then dia suruh ikut utk interview. Then aku pun masuklah utk interview. Dia tanye² background family, currently tgh buat ape. Then aku ckp jela ape yg patut. Tak byk pun dia tanya. Dia tak explain langsung pasal data entry n tak tanye pun aku ni penah ade experience ke buat keje camtu. Pelik betul.

Last² dia ckp,
"Oklah, paling lewat dlm mase 2 minggu kitorg akan contact u balik utk dtg training".
Then aku mcm tak puas hati la. Aku pun tanye pasal data entry tu. Baru la dia ckp,
"Kite akan bg u assignment utk siap dlm 2 weeks, make sure takde silap la. But kalo silap sikit² tu takpe la. Keje ni homebased, kita bayar rm800 per job. Normally one job tu utk sebulan la due date."
Aku rase mcm dah puas hati skit la time tu. Then tamat la interview aku tu. Tak sampai 10min pun. Beriya suruh aku pakai formal bagai. Tapi cara dorg tak profesional langsung. Huhh! End of Part 2.



Monday, January 25, 2010

Tangan Bertuah?

Sekadar memetik komen teman rapatku, Eja kat status facebook...

ko mmg tgn bertuah erk.. nati bley la msuk peraduan SHELL.. tiap2 minggu ak isi peraduan tuh.. tak penah nyer dpt.. hihi

Tak tahulah nak ckp camne. Nak kata bertuah sgt pun tak jugak. Rasanya di kalangan kwn² rapat, aku la yg paling lambat skali dlm byk perkara especially study n keje. Mungkin belum sampai rezeki aku. Takpelah slow n steady kan. Yg penting aku tak penah sekalipun give up dgn ape yg aku buat. Hopefully aku mampu utk bersabar n terus usaha capai ape yg aku impikan. :)

Berbalik kpd 'bertuah'. Ape yg dimaksudkan Eja tu? Kpd yg tak tahu, aku baru je menang satu peraduan ni. Peraduan Pantun Ceria Colgate. Ala² sekolah rendah je bunyi dia kan? Hihihi :p Whatever la. Aku dpt hadiah mingguan je, cash RM125. Jumlah tu mungkin terlalu sikit utk sesetengah org tapi bagi org mcm aku yg kategori tak kaya ni mmg dah bersyukur sgt la. Sape je nak bg aku duit free² je kan? Hehe :)


Hmm..mungkin ade betul jugak ckp Eja tu. So far kali dah masuk kali ke-3 aku menang peraduan yg memang aku tak gigih nak join pun. Just suke² je. Hantar entry pun satu je. Huhu.. 1st time dulu aku menang contest Celcom and last year menang contest Maxis pulak. Nasib baik kali ni bukan Digi or Umobile. Kalo tak lengkap sume contest telco kat Malaysia ni. Ahaks! :p FYI, tiga² contest yg aku menang tu sume melalui SMS. Suratan atau kebetulan? Hehe :)



Wednesday, January 13, 2010

Wanted!


Aku tak cari org. Aku cari umah utk disewa. Hehe

Lokasi: Sekitar Cheras, Kerinchi, Pantai Dalam & sewaktu dgnnya
Kemudahan: Berdekatan dgn LRT & ader bas RapidKL
Jenis Rumah: Apartment/Flat 3 Bilik
Anggaran Budget: RM 400 - RM 600 sebulan
Intake: February @ March 2010

Kepada sape² yg tau pasal umah sewa yg memenuhi kriteria di atas, tolong bgtau aku secepat mungkin eh. Hehehe. Thanks kwn²! :)



Thursday, January 7, 2010

Apa Itu Nasi Impit?



Nasi Impit adalah sejenis makanan tradisional Melayu. Sama je mcm nasi putih biasa tu cuma bezanya nasi impit ni dihimpit dlm plastik sampai padat giler². Sebab tula nama dia Nasi Impit kot. Hehe..Semua yg tinggal kat Malaysia pasti tahu kewujudan makanan ni kan? Tak kisahlah Melayu ke Cina ke India ke. Mereka semua pasti pernah mkn nasi impit. Yela, nasi impit bukan je ade time hari raya je. Bila-bila masa je kita bleh mkn nasi impit. Yg instant byk dijual kat supermarket. Bagi yg teringin nak mkn tapi malas nk masak tu still bleh dpt nasi impit ni dgn mudah. Pegi je mana² stall yg ade jual satay. Wajib ade nasi impit sbg pelengkap menu satay. Kalau time raya pulak biasanye nasi impit ni dimakan bersama rendang dan lontong. Memang delicious lah. Hehe :D


Uikss ..nape dgn org² ni? Dorg nak beli nasi impit ke?

Haa..bagi aku ni la 'nasi impit' yg sebenar. For the first time ever, aku mendapat 'kenikmatan' 'nasi impit' yg sebenar pagi ni. Huhu.. Haa ni lah citer sebenar....

Pagi tadi, aku tunggu LRT kat wangsa maju. Tup² sampai je kat platform atas tu, aku tgk ramai giler manusia tgh tunggu tren. Bukanlah maksud aku sebelum ni tak penah ramai camtu. Yela, awal pagi kan sume org bergegas nak pegi keje. Tapi kali ni ramai tahap maksimum. Penuh platform tu sampai aku tak boleh nak lalu. Terpaksa mencelah² nak beratur. My God!

Pulak tu, tren delay pulak. Suppose every 2mins tren akan sampai. Ni tak. Dekat 10min gak la baru sampai. 1st tren sampai, penuh. Aku tak dapat naik. Then 2nd tren, masih tak dpt naik. At last, sampai la tren baru yg ade 4 coach tu. Barulah aku dpt naik. Org² kat situ pun ape lagi. Berebut² nak naik tren tu. Sampai penuh giler² la dlm tren tu. Seriously, inilah kali pertama tren 4 coach tu penuh, padat, sendat segala-gala dat lagi lah. Huhuhu

Dr wangsa maju sampailah ke masjid jamek, masih lagi penuh dgn manusia. Lepas stesen kl sentral barulah aku dpt bernafas sikit. Haihhh.. Pagi² lagi dah hadapi mende camtu. Dah la smlm ade kejadian memalukan + melucukan utk aku. Masa tu lagilah 'ngeri'. Huhu ;p

Kesimpulannya, aku diibaratkan seperti Kuah Kacang pagi ni. Huhu :p



Friday, January 1, 2010

Bermulanya 2010



2009 baru saja melabuhkan tirai. Kini muncul 2010. Aku mengharapkan sesuatu yg lebih baik utk tahun ni. InsyaAllah byk perkara² yg memberi impak yg besar dlm hidup aku bakal berlaku tahun ni. Hope sume berjalan dgn lancarnya tanpa sebarang halangan lagi.

Oklah, its time to update my wishlist this year since yg last year dah expired. Tak tertunai sampai skrg. Haha! :p


#1 CK Free Perfume



#2 Fossil Palindrome Too Watch


#3 A Car

Bagi memastikan semua ini tertunai, aku perlu.....


GRADUATE and.... KERJA!!! :)