Saturday, April 18, 2009

First Time!


12 April 2009..Buat julung kalinya aku pegi merentasi Laut China Selatan dan itu juga bermaksud untuk kali yang pertama aku naik flight. Seumur hidupku tak penah sekalipun naik flight. Alhamdulillah aku berjaya naik dgn selamat dan jayanya tanpa berlaku sebarang kejadian aneh. Huhu..Destinasi aku adalah ke Kuching, Sarawak. Perjalanan aku sbnrnye tak dirancang, semuanya atas urusan kerja. Aku akan memulakan kerjaya di sana pada bulan hadapan. So aku perlu ke sana utk menguruskan hal-hal yg berkaitan sblm aku memulakan kehidupan di tempat baru. Uhuk2..Selama hampir 4 hari kat sana, apa yg dpt aku katakan environment kat sana tak jauh beza dgn JB dan sudah semestinya masih belum mampu menandingi KL tempat lahirku yg tercinta. Ahaks! :D

Tuesday, April 7, 2009

Susah Sangat Ke?

Dlm kesibukan aku dua minggu ni, aku masih sempat utk mengunjungi blog kwn2. Sekadar utk menghilangkan tensen yg semakin menjadi2 ketika ini. Huhu. Aku tertarik dgn satu entri dlm blog En.Aqmal (budak yg comot.haha).

"Kadang2 kita tak sedar..apa yang kita ada merupakan yang terbaik..sehingga sampai satu masa kita terlupa segalanya..Sememangnya itu la lumrah idup kita manusia..xpernah bersyukur dgn apa yg dimiliki. Mengejar yang terbaik selamanya xkan berhasil kerana tiada yang sempurna. Segalanya silih berganti selagi hati belum puas. Apa yg dimiliki mungkin terbaik untuk kita tapi adakah kita terbaik untuk mereka...? Tepuk dada tanya selera..."

Aku sgt bersetuju dgn ape yg ditulis oleh Aqmal. Kebanyakan org tak pandai menghargai ape yg dia ade. Tak pandai nak bersyukur. Tak pandai nak menjaga hati org lain. Mementingkan diri sendiri. Ego menguasai diri. Ya, mungkin skrg kita yg tak menghargai org tapi perlu diingat juga mungkin juga satu hari nanti org pula yg tak menghargai kita. Tuhan itu Maha Adil. Fikir-fikirkanlah.....