Tuesday, December 30, 2008

Review of 2008


Sedar tak sedar dah nak masuk thn baru pun. 2008 hampir meninggalkan kite dan 2009 bakal mengunjung tiba. Terlalu banyak suka dan duka yg aku dah alami sepanjang tahun ini. Segala pahit manis aku telan selagi termampu. Kadang2 diri aku tak cukup kuat utk semua itu tapi ape lagi yg mampu aku buat. Aku hadapi semua itu dgn tabah dan cekal. Berbekalkan sokongan yg tak putus2 dr keluarga dan sahabat2 karib, hampir semua masalah aku berjaya diatasi. Tanpa mereka mungkin aku dah putus asa. Aku sayang mereka sgt2. Mak, Abah, Along, Adik, Asbul, Eja, Alimie. I love u all so much!

Tahun 2008 bermula dgn agak baik bile aku bertemu dgn seseorang yg aku rase mampu memberi kebahagiaan dlm hidup aku. Bukan bermaksud aku tidak bahagia selama ini cume i need someone as lover. Cinta. Yup, itulah yg aku impikan. Namun ape yg aku impikan tak menjadi kenyataan. Segala-galanya tidak berhasil. Org yg aku sangkakan mampu membahagiakan aku tidak mampu utk sayangkan aku. Kecewa. Itu saja yg mampu aku ungkapkan. Aku terima dgn tabah sebab aku tau aku tak boleh paksa org utk sayangkan aku.

Awal tahun 2008 juga memberi impak besar dlm hidup aku. Mengikut perancangan, aku dijangka menamatkan pengajian hujung thn ini. Atas sebab2 yg tak dpt dielakkan, aku terpaksa melanjutkan pengajian sehingga mei 2009. Arghhh! Tensionnya aku ketika itu. Sedih. Kecewa. Semestinya Mak dan Abah adalah insan yg paling membuatkan aku rasa bersalah dgn diri aku. Mereka sangat mengharapkan aku tamat pengajian secepat mungkin. Mak dan Abah meletakkan harapan yg tinggi pd aku. Hanya aku yg diharapkan dpt membantu keluarga tapi apakan daya. Belum ade rezeki aku utk menolong Mak dan Abah. Semua kerana kekhilafan diri aku. Mak, Abah...Boy mintak maaf banyak2....=(

Alhamdulillah...Ade juga kenangan manis yg aku tempuhi menjelang pertengahan tahun 2008. Buat pertama kali dlm hidup aku sepanjang 23thn, aku diberi kejutan pd hari lahir. Tak pernah ade sesiapa buat surprise party utk aku selama nie. Aku sgt terharu dgn sahabat karib aku yg bersusah payah planning utk buat surprise party tu. Thanks Asbul. Sayangnya, 2org lagi sahabat karib aku takde time tu. Kalaulah Eja dan Alimie ade ia akan menjadi kenangan paling bermakna buat diri aku. Mereka lah sahabat di kala susah dan senang. Merekalah insan yg betul2 memahami diri aku. Aku bertuah mempunyai sahabat seperti mereka. Aku sayang giler kat korang!

Bile tiba part percintaan. Aku mmg gagal. Entah di mana silapnya. Ade beberapa insan cuba menawan hati aku. Tapi semuanya tidak sesuai dgn diri aku. Aku perlukan someone yg btul2 syg aku. Bukannya yg tenggelam timbul sesuka hati. Sampai satu tahap aku rase aku malas nak fikir pasal hal nie. Aku tak nak kecewa lagi. Cukup2lah hati aku yg hancur selama nie. Tapi..aku tak mampu utk menipu diri aku. Semakin aku cube halang perasaan tu, semakin aku rase tak keruan. Aku kena jadi diri sendiri. Aku seorang insan yg butuhkan cinta.

Penghujung 2008 menampakkan sesuatu yg membahagiakan. Aku mula mengenali seseorang. Sebenarnya sudah agak lame kami berhubung secara online tapi belum ade kesempatan utk berjumpa. Cuti semester baru-baru ini memberi peluang utk kami bertemu. Semuanya gara-gara McD Prosperity. Kalau tak mungkin sampai skrg kot tak jumpe dia. Hehe... Sejak bertemu dgn dia, aku tertarik utk mengenali dia dgn lebih rapat. Aku suke dgn cara dia. Simple. Open minded. Kami masih lagi dlm proses mengenal diri masing2. Banyak lagi yg belum aku tau pasal dia. Kata org tak elok gopoh2. Just go with the flow.. =)

2008 banyak mengajar aku menjadi insan yg lebih kuat dan tabah menghadapi dugaan hidup. Aku mula belajar dari kesilapan2 yg lalu. Tak nak perkara lama berulang kembali. Aku terus memandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Biarlah ape yg berlaku sblm ini berkubur menjadi kenangan. Aku harus meneruskan kehidupan seperti biasa. Aku harapkan 2009 bakal memberi sinar baru dlm hidup aku. InsyaAllah....... =)

Monday, December 15, 2008

Bad Or Lucky Day?

Lama tak update blog ni, dah agak bersawang kan kawan2. Hehe.. Sorry la kepada sesiapa yg rajin singgah blog tapi mcm takde entry baru. Bukan sengaja or malas. Tapi diri ini tak punya idea dan ruang untuk menulis entri baru. Hehe..

Hari ni bermula dgn agak tertekan. I plan nak pegi kl sentral pagi tadi. Nak beli tiket keretapi ke KB. Next Sunday nak balik umah my mum. So i pun keluar la dari umah my frens kat sentul tu. Tunggu lif nak turun bwh. 5min tunggu tak sampai2 gak lif tu kat tingkat 18. I sabar lagi, 10 min lepas tu tak jugak sampai. I pun start bad mood that time. Rupanya lif sume stuck. Satu lif pun tak berfungsi yer! Nak tak nak i kena turun jugak. Sebab dah penat bersiap takkan tak jadi pegi pulak kan. So terpaksalah turun tangga 18 tingkat! Sampai je kat bawah i dah berpeluh2 mcm dah berlari keliling post guard kat depan tu. Huhh! Pepagi lagi dah buat i marah. Bodo punya lif termasuklah management apartment tu skali. Bangang sgt!

Okla, enough about that bloody hell lift. Sambil i tunggu lif tu, ade msg masuk kat my hp. Then i pun bace lah. Inilah isi kandungan msg itu...

Wahh! Terkejut. Mula2 ingat mcm spam msg ke ape. Tapi bile dah kuar hotlink kat atas tu maknanye btul lah. Hehe.. Alhamdulillah... Rezeki utk hari nie. Tak sangka pulak boleh menang contest tu. Asalnya sekadar nak cuba-cuba je. Kebtulan hari tu bukak website hotlink ade contest tu. Then try jela join. This is my 2nd time menang contest yg dianjurkan oleh telco company. 1st time dulu menang contest celcom. Tapi yg tu lebih lumayan la sebab dpt cash RM 2,000 + RM 300 victoria station voucher. =)


klik utk besarkan imej =)

Yg kat atas tu full winner list. I amik dr website hotlink. Nama i yg highlight kaler merah tu. Inilah dia perkara yg telah membuat i kembali happy hari ni. =D

Tuesday, December 2, 2008

Happy Holiday to ME !

yeay! dah cuti. sonoknya. walaupun hanya sebulan ku tetap gumbira menikmatinya. hehehe. cuti kali ni agak berbeza skit sebab i tak buat part time. selalunya cuti mesti buat part time tapi kali ni tak pulak. i pun tak tahu kenapa. sume org mcm pelik bile i tak keje cuti ni. huhu! sbnrnya i malas nak gi cari keje. mcm dah tak tahu nak keje ape. dah byk jenis keje yg i penah buat sebelum ni. kalo bleh nak try sumting yg baru. masih dlm pertimbangan. huhuhu!

Friday, November 14, 2008

Rezeki Seorang Kawan

Sebenarnya dah lama i nak tulis entri ni. Asyik terbantut je. Terlupa la, takde masa la. Macam-macam halangan yg berlaku. I sendiri pun tak tahu kenapa. Memandangkan mlm ni i agak busan dan otak pun mengong2 skit, so i rasa ni lah waktu yg sesuai utk update blog. Huhuhu!

Haa..kali ni i nak cite pasal seorang kwn i ni. Utk tidak memalukan, nama dia biarlah menjadi rahsia. I just nak share cite je dgn korang. Dah suam2 kuku pun cite ni actually. Tapi takpe, selagi i tak tulis selagi tu i rasa tak lengkap hidup. Wahhh! =P

Kwn i ni memang terkenal di kalangan kwn2 i kat sini seba
gai seorang yg kerap berjumpa skandal. Mmg dia dianggap ratu oleh kami semua. Hahahaa! Baru-baru ni dia telah berjumpa dgn seseorang kat KL. Seperti kebiasaannya, dia tak pernah balik dgn tangan yg kosong.

Mari kita lihat apa 'buah tangan' yg dibawa balik dr KL. Ahaks!

Set perfume Armani Mania (Polo tu free gift je)

Pelbagai barangan penjagaan badan. Head-to-toe ok! =P

Tidak lupa juga wang tunai sebanyak RM 600. Agak lumayan kan??
Kepada kwn ku itu, diharapkan u akan terus berkecimpung dlm industri ini. Biarlah apa org nak kata. Yang penting u tau apa yg u buat tu dan u tak menganggu kehidupan org lain. We olz akan support u dari belakang. Wahhh! =))

Wednesday, October 29, 2008

Exam Week !

Pejam celik dah nak abis pun semester nie. Next week dah start final exam. Tapi i satu ape pun tak study lagi. Nie baru je sampai dari kl. Hehehe.. Saje balik kejap, menghiburkan diri sepuas-puasnya sebelum 'berperang' selama 3 minggu. (poyo2 je nie) =P

Jadual exam yg official pun dah kuar. I ade 3 paper je for final. So nie la jadualnya...

Date: 4 Oct 2008
Time: 2.30pm - 5.30pm
Subject: Power Electronics (BEE4113) *completed!

Date: 20 Oct 2008
Time: 9.00am - 12.00pm
Subject: Electronic Principles (BEE2113)

Date: 21 Oct 2008
Time: 8.30am - 11.30am
Subject: Electric Machines & Drives (BEE4123)

Choi kan jadual tu? Gap lame giler, lepas tu terus berturut 2 subject yg last tu. Saje nak bagi i pening2 lalat. Asbestos btol. Huhh!

Thursday, October 16, 2008

Nama Jepun Yang Comey ?

Sesape yg nak letak nama anak yg berunsurkan Jepun, i ade suggestion kat bawah nie. Siap dgn maksud lagi tau. Selamat memilih. Hahaha!

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI

15. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

Monday, October 13, 2008

I'm Sick !

Eye drop, eye ointment & sickleave selama 2 hari.

Baru je lepas pegi klinik tengahari tadi. Mata i tak bape sihat since last 2 days. Takut jugak nanti bertambah teruk. Doktor ckp mata i tak serius pun, just infection je. Conjuctivitis. Terjadi disebabkan jangkitan kuman-kumin yg menginap tanpa kebenaran di mata i. Huhuhu. Disebabkan itu jugak i dapat mc selama 2 hari. Hehe

Sunday, October 12, 2008

Open House 2008

I dah start menerima undangan open house dari kwn2. Walaupun ketika ini i berada di Johor, undangan yg terima tetap meriah. Seronok dpt mkn sedap2 secara percume. Bkn selalu dpt peluang mcm nie. Instead, jimat duit makan i utk beberapa ari. Ahaks! =P

Location 1: Azizi's House (10th October 2008)

Actually, Azizi bkn kwn i but dia adalah classmate kpd housemate dan campusmates i. Ala-ala friend-of-friend concept la, mcm dlm friendster tu. So boleh consider as kwn i jugak la kan kan? Haha! =P Umah Azizi super besar yer. Living hall je ade 4 ok! Baby umur 10bulan pun boleh sesat kalo merangkak satu umah tu. Terpakse la bg baby tu walkie talkie. Hiks! =P Tujuan utama dia buat mkn adalah utk marhaban. Kat Johor mmg sinonim dgn marhaban dari umah ke umah nie. Dah jadi adat dorg bile time2 raye mcm nie. So i pun join jela dorg marhaban sekali. Agak lain skit melodi marhaban dorg, mula2 i mcm terpinga-pinga. Pelik je bunyinye. Tetibe i jadi tak ingat lirik. Confuse kejap. Hehe =P Apepun, menu kat umah dia mmg best. One of my fav dish kalo time2 open house, nasi tomato man. Hihihi... Then ade side dish yg lain iaitu cucur udang dan jugak tak lupe kuih2 raye. =)

Location 2: Yaya's House (11th October 2008)

Masih lagi mengamalkan konsep yg same, iaitu friend-of-friend. Yaya juga adalah kwn kpd housemate dan campusmates i. So i pun tumpang sekaki lah. Hehehe. Umah Yaya kat area Kluang, sebelum sampai kawasan bandar. Menu utama utk open house tu adalah nasi beriyani dan laksa johor. Then ade roti jala, fruit salad dan jugak pelbagai jenis kuih raye dan kek lapis. Masing2 pulang dgn perut yg penuh. Huhu!

Location 3: Suraya's House (12th October 2008)

Nampaknye konsep yg lame masih relevan utk diguna pakai. Suraya jugak adalah friend-of-friend. Hehehe. Tetibe je awal2 pagi ktorg dpt undangan ke umah dia. Mase kat umah Yaya mmg i ade berseloroh dgn dia, "Suri, ko takde rase nak buat open house ke? Bile lagi umah ko?". Mase tu dia ckp tak tahu lagi. Tup-tup pagi tadi dia jemput ktorg sume dtg umah makan2. Tak sangka pulak. Huhu! Umah Suraya kat area Batu Pahat jugak, kat Parit Karjo. Kali nie agak berbeza dari umah sebelum2 nie. Masakan kampung! Ade tomyam, udang masak merah, sayur campur, ikan tenggiri masin, sambal belacan dan jugak petai. Desert pulak adalah pineapple slices in syrup. Nyummie! =D

***to be continue***

Thursday, October 9, 2008

Eagle Eye

Selasa mlm yg lepas i dgn housemates (Padel, Acap & Nizam) pegi beraya umah 'kwn' Acap. Masa tgh bersiap nak pegi tu i berseloroh kat Padel, "i rase mcm nak tgk movie la, tapi tak tau bile nak pegi tgk". Then Padel pun ckp, "kite pegi mlm nie jela, i ok je". Haha! Memula i mcm saje2 je ckp camtu, tak sangka pulak Padel nak pegi. Huhuhu...

So lepas 15 minit ktorg beraya umah 'kwn' , ktorg terus bergegas ke Batu Pahat utk tgk movie. Kegigihan kami terserlah kembali. Huhu =P Dalam kul 9.30 camtu ktorg berjaya smpai kat dpn GSC nasib baik kaunter bukak lagi, sempat la beli tiket. Ktorg tgk movie Eagle Eye, show kul 9.50pm.

Overall, i rase movie tu not bad la sebab jalan cite dia mcm menarik. Especially bile Aria (computer) send message kat Jerry Shaw melalui electronic screen kat merata-rata tempat. Kat airport, railway station, tepi jln, byk tempat lagi la. Walaupun cite nie kkdg ade yg tak logik, tapi i tetap suke. Ala nama pun cite, rekaan semata2. Kpd yg rase nak tgk movie, Eagle Eye boleh jadi pilihan ketika ini dari u guys tgk lawak Senario yg mmg dah tak releven abad ini. Huhuhu...

Johnny's ?


Ape tu? Nama restaurant lah! Takkan tak penah dgr kot? Huhu! I tau je kewujudan restoran Johnny's nie tapi tak tau pulak dgn kewujudannya di Batu Pahat. Agak terkejut jugak bile si Ley bwk i dgn Padel ke situ. Yela, ingatkan kat KL je ade. Huhuhu...

Sejujurnya, i dgn Padel mmg tak penah makan kat situ sebelum nie. Ktorg agak terpinga-pinga bile tgk menu. Jakun sekejap. Haha! Ley kata Johnny's nie popular dgn steamboat yg best. So ktorg just accept je ape yg Ley order. Air je ktorg reti nak pilih sendiri. Hehe..

Steamboat; ada udang, sotong, ayam, daging, sayur, mushroom, tofu, telur, meatballs & mcm2 lagi.

Kerabu mangga yg super duper delicious!

Ice Lemon Tea pilihanku =)

Padel The Tailor sedang menikmati hidangan dgn penuh perasaan. =P

Desert, Water Chestnut in Syrup (yg kuning tu hirisan buah nangka. sedap tau!)

So kalau korg nak makan steamboat yg best, i suggest kat Johnny's. Sedap dan tak mahal sgt. Standard harga korg makan kat Pizza Hut je. Kalau nak tau, nasi putih RM 0.70/plate only! Murah kan? =)

Saturday, October 4, 2008

Syawal 2008

Satu-satunya pic berbaju raye utk tahun nie. Huhu

Tak happening. Itu jelah yg boleh i kata utk raya thn nie. Tak tahulah nape bleh jadi camtu. Maybe sebab thn nie i tak beraya dgn sume family i kot. My sis balik raye umah mertua dia, my dad pulak balik kg my step mum. So i just beraya dgn my mum and my lil sis kat kelate. Tapi yg agak seronok thn nie, i dapat duit raye lebih banyak. Hehehe. Alhamdulillah...=)

Apepun, Salam Aidilfitri buat sume kawan2 dan sesiapa saja yg sudi singgah blog nie. Tak sabar nak terima undangan open house. Jgn lupe jemput i yer kawan2 sume. Hihihi.

Saturday, September 27, 2008

Closing of Ramadhan 2008

Sebelum mengakhiri bulan yg mulia nie, smlm i kuar berbuka puasa bersama Asbul, Alimie, Eja, Isz dan Zarnita. Lokasi pilihan ktorg utk tahun nie ialah Chillis, KLCC. Walaupun pd mulanya ada yg x brapa setuju, tp setelah dipujuk rayu oleh Alimie (pengarah program) akhirnya sume setuju utk buka puasa kat situ.

Kira-kira jam 5.30ptg, i tiba di KLCC bersama Eja utk booking tempat. Smpai je dpn Chillis tu, terkejut ktorg sbb tgk ramai giler org beratur tunggu turn nak masuk. Ade la dlm 10meter org tgh Q. Perggh! Rase mcm nak cancel je. Tapi sbb dah smpai kan, so nak tak nak ktorg berdua beratur jela dgn rela hati.

Lepas 15minit, Asbul dan Isz pulak smpai. Diikuti dgn Zarnita 10minit kemudian. Si pengarah program je yg tak smpai2. Patutnye dia yg smpai dulu tp ktorg pulak yg kena beratur lame2. Hampeh btol!

Selepas sejam beratur, baru la ktorg dapat seat kat Chillis tu. Fuhh! Alhamdulillah... Waiter pun dah get ready nak amik order, si Alimie x muncul2 gak. Memula ktorg propa waiter tu konon2 kwn sorg lagi gi toilet tapi bile dah lame sgt ktorg pun trus jela order dulu. Malas nak tnggu lagi dah. Huhh! Lepas je ktorg order barulah muncul si Alimie. Dia yg paling last order, padan muke! =p

Tepat jam 7.05pm, order ktorg pun smpai. Ni lah menu i utk aritu. Taraaaa!

Monterey Chicken with Bottomless Orange Juice

Sebelum menjamu selera, pose lah dulu. Hehe

Sedap tau monterey chicken tu. Mashed potato yg ade skali tu pun sgt delicious. Smpai licin plate i mkn. Huhu =p Anyway, thanks to Alimie coz blanja i mkn. Tanpa dia mungkin i tak dapat merasa hidangan sesedap itu. Huhu

Thursday, September 25, 2008

Baru

Last weekend sy balik ke kelate. Umah siapa?? Kepada yg tak tahu, sebenarnya sy ade umah kat sane. Mak sy tinggal dan kerja di kelate. Mcm dah agak lame tak balik sane, kebetulan pulak skrg nie bulan puasa. So sy pun decide nak balik sane walaupun sekejap at least dapat jugak berpuasa dgn mak. =)

Sepanjang 3 ari kat sane, asyik keluar je ngan mak dan ayah. Tak lekat kat umah. Keluar pagi, time nak berbuka baru balik. Huhu! Itu dah mmg jadi aktiviti wajib kalau sy dan ayah balik. Ade je plan mak ngan ayah. Seperti kebiasaannya, ape lagi kalau bukan shopping. Kali nie mak sy berjaya menambah koleksi perabot kayu jati dia. Mak sy mmg sgt obses dgn perabot2 kayu jati nie. Sampai dah penuh kat ruang tamu. Tak muat nak letak dah. Apapun boi ucapkan tahniah buat mak. Ahaks! =p

Mlm sebelum nak balik semula ke johor, mak sy tetibe je bagi something. Hadiah katanya. Nervous jugak dibuatnya. Huhu..Nak tau ape? Nie haa.....



Ingatkan ape dia, sekali handphone daa. Sy pun terima lah dgn hati yg terbuka dan gembiranya. Hehehe... Kebetulan handphone yg lame tu pun mcm dah agak season. Walaupun handphone nie tak secanggih dan semahal org lain punya, sy tetap bersyukur sebab mak sy yg bagi. Sayang mak! =)

Tuesday, September 23, 2008

Ramadhan Kian Berlalu

Assalamualaikum sume. Lama sgt tak menulis dlm nie, dah agak bersawang kot. Haha! Bukan sengaje tak nak update cume kkdg tu takde idea nak menulis. Nak kate takde mende nak ditulis tak jugak, hakikatnya byk je kot. Hehe... Erm, pejam celik dah nak masuk terakhir kita sume berpuasa kan. Sekejap pulak rasanye masa berjalan. Tahun nie mcm tak rase sgt puasa. Takde feeling kot. Ahaks!

Apepun tahun nie sy tak dapat puasa penuh seperti tahun2 sblm nie. Ade tinggal 1 ari. Huhu! Tu pun bersebab bukan sengaja. Sy kena gastrik minggu lepas, so utk mengelakkan dari bertambah teruk terpaksalah tak puasa selama sehari. Hehe.. Alhamdulillah lepas tu gastrik tu semakin pulih dan skrg perut sy dah kembali normal seperti biasa. Yippie! =D

Hari nie sy plan nak ajak kawan2 berbuka kat luar. Berbuka ramai2. Tapi tak pastilah jadi ke tak. Semua masih dlm perancangan. Belum dpt kata putus. Ahaks =p Adakah sy dan kawan2 akan berbuka di luar hari nie? Sama2 kite tunggu. Nantikan sambungan post nie lepas berbuka. Huhuhu =p

~~~~~~~~~~***~~~~~~~~~~
updated!

Atas sebab2 yg tak dapat dielakkan, kitorg tak jadi pun pegi berbuka puasa kat luar. Akhirnya sy dan housemates makan kat umah je. Kitorang beli kat bazaar. Menu kitorang arini: Nasi Lemak Telur, Laksa Penang, Bihun Goreng, Cendawan Goreng, Kuih-Muih dan Air Tembikai Susu dan Soya. =) Puas hati dgn ape yg dibeli. Semuanya boleh tahan sedap. Kenyang! Hehe

Saturday, August 2, 2008

Ohw..really???

Tahukah Anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

Percayakah Anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Tahukan Anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post kali ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

Wednesday, July 30, 2008

Mari C O M O L O T !

Ptg tadi aku kuar dengan Acap dan Zam, nak pegi ambik 'kawan' Zam kat bus stand. Then dlm perjalanan tu, tetiba si Acap ajak pegi kedai ikan. Dia nak bela 'anak angkat' jugak. Jeles lah tu, tengok kemesraan aku dgn Jeremy kat umah. Hahaha =p

Sampai kat kedai ikan tu, ktorg pun tengok2 la ikan yg banyak kat situ. Macam2 jenis ikan ade kat situ. Boleh kata sume jenis ikan lah ade. Yang takde, ikan kering je. Huhu =p

Then aku nampak satu jenis ikan yg agak menarik. Sebelum ni aku tak pernah jumpe kat kedai lain. Tak sangka pulak boleh jumpe kat situ. Aku pun terus la dgn tak sengaja menambah koleksi 'anak angkat'. So, skrg aku ade tiga 'anak angkat'! =p

Kissing Gourami

Monday, July 28, 2008

Welcome J E R E M Y !

Dah lame aku impikan membela 'anak angkat', since dari sem lepas lagi. Tak tertunai-tunai jugak hajat aku tu. Ade je halangan melintang menegak membujur bagai. Tapi ntah mcm mana kali ni ade rezeki aku. Akhirnya impian aku tu tercapai! Takyah kawin pun dah dapat 'anak'. Seronoknya!!! Jimat tenaga. Muahahahaha!

Yup! Aku ade 'anak angkat' baru. Namanya Jeremy. Umur baru masuk 3 bulan setengah. Tapi dah reti merangkak dan berlari dgn lajunya. Hebatkan dia? Ahaks! =p

Nak tengok gambar Jeremy?

10
.
.
.
9
.
.
.
8
.
.
.
7
.
.
.
6
.
.
.
5
.
.
.
4
.
.
.
3
.
.
.
2
.
.
.
1
.
.
.
Jeng! Jeng! Jeng!!!
Hee..Comey kan? Genit mcm tuan dia jugak. Haha =p

Wednesday, July 23, 2008

B.O.N.G.O.K !

Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga, bongok bermaksud 1. terlalu gemuk sehingga tidak seimbang dgn tinggi, besar tetapi pendek; 2. bodoh, dongok. Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku tetiba wujudkan entri pasal perkataan ni. Hanya kwn2 terdekat je yg tahu ape yg berlaku kat aku Isnin baru-baru ni.

Utk pengetahuan korang sume, adela seseorang yg sepatutnya aku hormati telah dengan sengaja dan berbangga melemparkan perkataan tu kat aku. Apa yg korang rase bile orang yg mengajar kita untuk menjadi insan berguna melemparkan kata-kata mcm tu kat korang di khalayak ramai? Wajarkah tindakan beliau? Hantarkan sms anda, taip YA atau TIDAK ke 01234***** huhu =p

Aku mengaku mmg salah aku time tu. Sebabnya, aku tak bgtau die nama aku takde dlm list. Then aku just tulis je nama aku kat list tu tanpa bgtau kat dia dulu. That's it! Adakah itu kesalahan yg amat maha super duper besar?? Tak cukup dgn itu, dia mempertikaikan pulak pemakaian aku time tu. Die kata dr cara pemakaian aku tu boleh nampak yg perangai dan disiplin aku teruk. What the hell??!! Aku bukannya bogel ke separuh bogel ke ape ke. Aku just pakai mcm student2 lain gak. Collar t-shirt, jeans and shoes. Ko nak aku pakai jubah dgn serban bagai ke baru ko nak cakap perangai dan disiplin ok. Tak paham aku. Damn u!!!!

Kalo nak kate die tu hebat sgt, ala stakat tutor JE! Even prof2 dan lecturer pun tak nyibuk mcm dia. Tekanan aku dibuatnya. Agaknya dulu dia slalu kena bongok dgn org kot sbb tula bile dah tua nak balas dendam kat student sendiri plak kan. Bongok! Nasib baik la aku just jumpe muke die 4 kali je utk sem ni. Ade lagi 3 kali je aku kena ngadap muke die. Huhh!!!

Thursday, July 10, 2008

Aku.Sepi.Dia

Jam 4.45ptg. Aku baru pulang dari kampus. Suasana ptg membuatkan perasaan aku tetibe bercampur baur. Hujan yg turun bagaikan memahami ape yg terbuku di hati aku saat ini. Diiringi dgn melodi lagu Sepi (nyanyian Yuni Shara) seakan melengkapkan semua ini. Bila dihayati bait-bait liriknya memang kena dgn diri aku. Ya, aku S.E.P.I....... =(

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Back On Track!

Hey guys! Dah lama tak berjumpa dlm blog yg tercinta nih. Rindu sgt kat korang semua. Hehe... Aku kini kembali menulis setelah lebih 2 bulan aku hanya membaca je. Huhu.. =p

Okla, meh aku cite skit ape yg aku buat sepanjang 2 bulan aku menyepi tu. Banyak mende yg berlaku, ade yg best n ade gak yg x best. Tapi byk yg best dr yg x best. (bape byk ko punye 'best' daa. Asbestos btul! =p)

First week cuti aku trus balik umah mak aku kat klate nun. Saje relax2 kan diri, kat sane mmg sesuai sgt kalo nak bersendirian. Takde org kat umah, bile mak aku gi keje tinggal ar aku sorang2 je melayan perasaan. Huhu.. Tapi sebelum balik sane aku adela pegi cari keje part time kat kl. Nasib aku mmg baik time tu, trus je aku dpt keje kat F.O.S. Tak perlu nak gigih pegi byk2 tmpt. Semudah itu yer. Hahaha! Aku stay klate dlm 5 ari camtu. Then blk je dr sane aku trus start keje kat F.O.S tu. Dekat je dgn umah aku kat kl tu, naik kete tak smpai 10 minit. Kalo jln kaki pun tak jauh cume 5x ganda je. Huhu.. =p

Keje kat situ okla, juz bile takde customer penat n bosan berdiri je. Dah ar tu hp aku pun dorg sorokkan. Ntah ape2 je. Huhh! Plak tu kat tmpt keje aku ramai cine, yg melayu pun hanya aku n sorg lagi bdk pompuan ni. (ktorg ni pun x ckup melayu. ade mix skit sbnrnye. ahaks!) Hanya mampu bertahan selama 3minggu je aku keje situ. Aku makin bosan dgn keje tu. So aku pun benti ar.

Sblm aku decide nak benti keje tu, aku dah ade back up sbnrnye. Hehe... Kebetulan kat ofis kakak kpd kwn baik aku ade part time, so aku pun trime jela. Then aku pun start wat keje baru. Data entry. Jauh lebih relax n senang dr keje aku sblm ni. Hanya perlu duduk dpn pc, key in data je. Semudah itu yer. Aku bleh sesuke ati nak wat apepun. Main hp ke, kuar makan ke, gi smoking ke, bile2 mase pun takde sape nak larang aku. Bestnye. Huhu..

Aku selesa dgn keje tu, so smpai abis cuti la aku wat keje tu tapi weekdays je. Weekend aku cuti, malas nak keje. Hehe.. So aktiviti weekend aku ape lagi, bersama dgn kwn2 yg tercinta ar. Huhu.. Lepak umah kwn aku kat sentul, gi tgk wayang, clubbing, terapi.. (bkn aku yer, aku juz teman je. huhu) Aku mmg enjoy sgt bile dpt lepak dgn kwn2 aku. Rase mcm takde mende nak pk, hilang semua tensen2. Umah dorg pun tak jauh dr umah aku. So slalu gak la aku dtg umah dorg. Kekadang tu aku malas nak blk umah, tito jela umah dorg trus. Smpaikan rase mcm umah aku sndiri je. Huhu.. Ntah la, aku sndiri tak tau nape aku suke sgt lepak umah kwn aku kat sentul tu. Kuikuikui =p

Kat umah tu gak la aku menemui kembali hobi lame aku iaitu membaca komik. Dah lama giler aku tak bace komik. Serius. Mase zaman skola dulu aku rajin gak baca komik2 ni tapi aku juz pinjam bdk2 klas punye je. Tak beli pun. Ahaks! =p So skrg, aku start baca komik balik mcm dulu. Yg bezanya, komik yg aku bace skrg ni lain skit. Mcm ala2 novel skit. Sronok tau baca komik ni, bleh release tensen. Lagi2 kalo baca time tgh bowink2 tak tau nak watpe, mmg sesuai sgt. Kalo tak caye cube ar, huhu...

Eh, dah tghari pun. Aku ni tak mandi2 lagi. Ade lagi yg nk aku cite sbnrnye. Smbg nanti yer. Daa~ =)

Sunday, April 20, 2008

The Unexpected Farewell Party!

Memandangkan ini merupakan final sem utk batch aku, satu farewell party telah diadakan semalam. Sebenarnya dah lame aku terfikir bile agaknya akan ade satu event utk farewell sempena tamat belajar kat UTHM yg terindah lagi teristimewa itu (istimewa sgt kah? x pun sbnrnye. Haha!). Pernah sekali tuh aku rase mcm nak organize satu prom nite-alike party utk class aku nih. But berpijak di bumi nyata lah, aku tau tak sume bleh trime idea aku. Tak sume org bleh jadi 'open-minded' kan? So, paham2 sendiri lah. Aku jd malas nak usulkan ape2. Buang mase aku je nanti. Aku pun lupekan jela niat dan angan2 aku tuh. Simpan dlm poket sajork! Huhu!

Then tetibe last week aku dgr ura2 bdk2 class aku nak wat farewell party. Time tuh aku dah excited dah. Yela, aku mmg impikan event tuh utk class aku nih. Takkan nak abis blaja mcm tu je kan? Paling choi pun wat party ke ape ke. Barulah ade sumting utk dikenang. Tak gitu? Huhu.. Nasib baik la ade Yana Joe & the Geng. Dia la kepala utk party mlm tadi. Aku diberitahu ade tema utk party tuh: B L A C K & R E D. Bile dah tawu mcm tu aku ape lagi, mulalah pening (smbil nyanyi lagu Pening - M Daud Kilau vs Ezlynn) kepaLA! Yela, bile dah ade tema2 bagai nih mestilah kena pakai grand2 skit (Lu ingat nak pegi Academy Award kah? Hehh!). Tapi aku nih kire insan yg agak bertuah sbb ade pihak yg sudi sponsor pakaian dan aksesori aku utk party mlm tadi. Thanks to ZamStarz Collections! Pada mulanya, ade pihak yg sudi sponsor transportation utk aku ke party tuh. Tapi di saat2 akhir, aku terpakse cancel sbb clash dgn schedule. Aku tak heran pun lepaskan sponsor tuh sbb aku dpt sponsor yg lebih hebat, Honda CRV tuh! Muahahaha! (gelak guling2 smbil juling2 mata. Erkk!)


Tgh fitting baju. Ahaks!

Haa..ni lah sponsor baju & aksesori ku. Huhu!

Bersama sponsor-sponsor ku. Lalalalaa~

Dlm perjalanan ke lokasi kejadian.

Bile tibenya kat lokasi kejadian, aku agak terkezut (smbil mulut ternganga dgn luasnye. Lalat ko jgn sebok nk enterprem ok!). OMG! Tidakk!! Aku jerit kat Ed "Nape dorg pkai baju biase2 jew?!!" Aku jew yg ala2 over dress bagai mlm td. Nasib baik gak la ade 2org gurls yg dress up bagai mcm aku. Mula2 aku rase cm nk patah blk jew salin baju. Tapi aku gagah dan gigihkan diri utk gi gak. So, aku pun dgn muke tebal (ala2 pkai foundation+compact powder M.A.C seinci!) berjalan dgn penuh yakin ke lokasi kejadian smbil diiringi background music lagu Dina, Malu Tapi Mahu. Hehh!


Bersama pemilik Honda CRV merangkap housemate ku, Ed.

Org pertama yg nak amik gambar dgn aku adalah Pojie. Huhu!

Bile dah lame2 kat party tuh, ke-malu-an aku dah berkurang skit (aku taw korg suke pk lain. Nakal taw! Tak baek punyer~ =p) Sesudah selesai upacara membuncitkan pewot, bdk2 nih adela wat beberapa game utk memeriahkn party tuh. Mase tgh sebok2 dorg melayan game 'kotak beracun', aku sempat menyibuk2 amik gmbar dgn bdk2 nih. Sbb aku tak jadi mangsa kotak tuh. Huhuhu! Ape lagi tunggu, pose lah!


Bersama Cik Ziera

Bersama penyanyi Latin, Ira Shakira Mubarak. Ahaks~!

Yana, bdk yg agak meng'giler' kkdg tuh. Huhu!

Bersama pasangan sehati sejiwa paling femes woo!

Inilah dia org paling kuat skali mlm td, Yana Joe. Hihi

Yup! Kami mmg gewdiks! Hahaha

Bersama artis fofular, Ira Shakira Mubarak & Ziela Bakarin.
Kat blkg tuh tokei biskut, Danone. =p

Suke korg yer dpt bergambar dgn Isma - model in da making!

Actually byk lagi gmbar2 yg aku amik smlm tp tak dpt nk post sume kat sini. Kpd yg xde dlm gmbar2 tu, aku mntak maap byk2. Bkn tanak letak, terlalu byk. So aku tpakse la kena pilih yg da best. Hehe... Takpe2 korg jgn lah berduka, bersedey, meracau2 or meraung x tentu hala taw. Aku letak jugak ler. Cube tgk dlm gmbar yg bwh nih, mesti sume org ade kan. Hihihi ;)


Section 1 2007/2008

Section 2 2007/2008

Oklah, itu jela kot yg mampu aku cite kat sini. Apepun, aku enjoy dgn party tuh smlm. Korg mmg best! Lps nih da x jmpe korg da. Even aku x rapat dgn sume org, aku terase gak la bile nk berpisah cmni. Uhuk3 (tisu plzz..!) :'( Hope korg sume bjaye dlm karier masing2 nnti. Kalo nak kawin ke ape ke contact2 la yer. Jemput2 la aku nih, insyaAllah aku akan cube dtg. Hehe.. Last but not least, thanks for everything n good luck utk korg sume. Mwahhhh!

Friday, April 18, 2008

Kesibukan Melanda!

Sibuk? Yup! Aku memang sangat sibuk sekarang. Kalau tak sibuk pun akan sibukkan diri jugak. Huhu! Terpakse la, nak buat macam mana kan. Dah nama pun 'student'. Nak tak nak kena lah jugak menggigihkan diri study. Walaupun kekadang aku rasa give up dan sangat malas. Aku dah tak larat nak study lama-lama lagi. Cukuplah tambah 1 sem tu je. InsyaAllah hujung tahun ni aku habis. Amin...!

So, hari ni aku dah selesaikan 2nd paper untuk final kali ni. Lepas exam tadi aku rasa macam enjoy giler, lega sangat walaupun sebenarnya aku belum habis exam. Ada 3 lagi paper menanti minggu depan. Haha! Mungkin aku rasa lega sebab 2 paper sebelum ni berturut-turut then aku pun macam blur je dengan subjek tu. Study banyak kali pun tapi still tak berapa nak paham kekadang tu. So, dalam exam hall aku redha tekad tabah je. Jawab yang termampu. Hehe

Waa..baru aku teringat pasal report PSM aku! 24hb ni due date untuk submit report tu! Matilaaa aku tak update lagi report tu dengan supervisor! Nampak gayanya tak cukup tidur lagi lah nanti. Huwaaa!!!





Saturday, April 12, 2008

I'm Loveable!

Entah kenapa aku rasa macam sunyi. Bila kawan-kawan tak ada di samping aku, hidup aku rasa kosong sangat. Mulalah aku berfikir untuk kembali ke alam percintaan. Memang indah dan bahagia bila kita dapat bersama dengan orang tersayang. Tapi sekarang aku tak punya sesiapa pun. Tak ada orang nak jaga aku, tak ada orang nak ambil berat pasal aku, tak ada orang yang teman aku tatkala kesunyian...

Terus terang aku katakan, saat ini memang aku amat butuhkan cinta. Cinta yang sejati, penuh dengan keikhlasan, kejujuran dan kepercayaan. Lantaklah orang nak cakap aku ni jiwang ke apa ke tapi hakikatnya itulah yang aku mahukan dalam percintaan!

Aku baru mengenali seseorang beberapa bulan lepas. Aku selesa bila bersama dia. Setiap masa aku menantikan sms dan call dari dia. Aku mula suka pada dia! Serius! Tapi apakan daya, dia sudah menjadi milik orang. Apa yang aku mampu lakukan? Aku hanya mampu berdiam diri dan memendam perasaan ini. Haihhh... :(

p/s: masih menanti sms dari dia. aku kangen!

Tuesday, April 1, 2008

My Fav Double 'N' !

Nadia & Nubhan. Saya suka kedua-dua mereka. Dari segala aspek. Personaliti. Bakat. Attitude. Saya menyokong mereka dalam AF6. Semoga mereka berjaya hingga ke peringkat akhir. Good luck guys! :)

Mari kita nikmati lagu yang bakal mereka berdua nyanyikan pada konsert hujung minggu ini. Untuk download, klik link di bawah.

Friday, March 28, 2008

Aksi Terlampau Pussycat Dolls!


Woahh! Adakah cerita ni agak basi? Terkejut saya bila tengok gambar PCD yang terlampau ini. Jangan tanya macam mana gaya saya terkejut. Korang bayangkan sendirilah. Huhu! Sebenarnya takde la pelik sangat pun sebab diorang kan artis Barat. Hal macam ni dah selalu sangat berlaku kat negara mereka sendiri. Tapi yang membuatkan saya terkejut ialah aksi ini dirakamkan ketika mereka membuat persembahan di Malaysia! Hebatkan mereka? Tak pasal-pasal promoter yang bawa diorang datang Malaysia tu kena saman RM 10, 000. Padan muka kau. Hahaha ;p Apapun selamat menatap gambar terlampau mereka ini. Untuk dapatkan uncensored version, sila pegi ke website The Sun



Wednesday, March 12, 2008

Saturday, March 8, 2008

Friday, March 7, 2008

Ku Ingin KAMU!





demi semua yang aku jalani bersamamu
kuingin kau jadi milikku
kuingin kau disampingku

tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa surga dalam hatiku

ref:
kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani…

sentuhanmu
bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa
back to ref

di setiap arung gerak
tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku
back to ref

ref2:
selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas
selama Tuhan masih mengijinkan
kuingin selalu menjagamu

back to ref2 [3x]
selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas


Aku suka bangat lagu ni! Kwn2 terdekat mungkin ramai yg tahu lagu ni sebab awal2 lagi aku dah promote lagu ni kat mereka semua. Hehe..Berdasarkan kpd feedback yg aku dpt, kebanyakan suka dan jatuh hati dgn lagu band Indonesia ni. Mmg layan habis beb! Aku dah dgr lagu ni since last year lagi but baru skrg aku rasa nak introduce lagu ni kat blog. Sebenarnya, aku tunggu lagu ni sampai kat Malaysia, maksud aku diputarkan di radio2 Malaysia lah. Tapi sampai saat ini, tak nampak bayang pun band ni menembusi pasaran Malaysia. Apsal ntah. Lagu ni kalau masuk Malaysia confirm meletup. Percayalah! Confident!!! Hikss~


Untuk download lagu ni, klik link di bawah
Romance - Ku Ingin Kamu.mp3

Tuesday, March 4, 2008

AYU the next One In A Million!



In the One In A Million 2 (OIAM2) Grand Finale broadcast from Stadium Melawati, Ayu beats recording artistes Sarah and Shila, to win the cash prize RM 1 million. Yes! It's such a dream comes true to Ayu. But to me, she really deserves to won this high-rated reality show. I love to see her performance every week until she gets through to the grand finale last Friday. She performed three songs -- Samudera, Ceritera Cinta and also Hanya di Mercu (a new song written by Habsah Hassan and composed by Aubrey Suwito), impressing judges Paul Moss and Syafinaz Selamat. Excellent performance from a newcomer like her! Congrats Ayu!








Ayu - Samudera



Ayu - Ceritera Cinta



Ayu - Hanya Di Mercu




To download the song, click the link below

Monday, February 11, 2008

Downloads

Under Construction. Sorry For Any Inconveniece. Thank You.

Videos

Under Construction. Sorry For Any Inconveniece. Thank You.

Photos

Under Construction. Sorry For Any Inconveniece. Thank You.

Tuesday, January 15, 2008

Hall of Fame



Dlm tgh2 aku tgk video kat youtube, tetiba aku terjumpa satu video yg agak menarik. Himpunan diva-diva Malaysia! Bagus btul kat org yg wat video ni. Aku tak penah terfikir pun nak kumpulkan diva-diva ni dlm satu video. Tapi ade seorang penyanyi yg tak dimasukkan dlm list. Mungkin terlepas pandang kot iaitu Sheila Majid. Dia ni kire otai gak. Hehe..Apepun, korang enjoy la tgk video ni n kalo bleh comment la ape yg patut k. **kredit utk edyino7 :)

Sunday, January 13, 2008

Cinta Fitri?


Fitri dilamun cinta? Fitri temui cinta sejati? Jgn terkejut..Title posting aku kali ni tak memberi ape-ape makna pun sbnrnya. Saje wat gimik skit. So, tak payah la susah2 meneka-neka ape yg tersirat di sebalik itu. Hehehe :) Fuhh! Agak lame jugak aku tak meng'hapdate' blog aku ni. Dah bersarang jugak la. Huhu! Rindu gak nak menulis dlm ni. Tapi masa agak terbatas skrg ni then aku pun kkdg cam takde idea nak tulis ape dlm ni. Apepun aku akan cube gak 'hapdate' blog ni agar tak bersarang spt dulu. Kire posting kali ni 'comeback' dr aku la. Hehe.. Okla, mata aku pn dah mcm pedih2 je ni. Gudnyte sume! :)