Tuesday, December 30, 2008

Review of 2008


Sedar tak sedar dah nak masuk thn baru pun. 2008 hampir meninggalkan kite dan 2009 bakal mengunjung tiba. Terlalu banyak suka dan duka yg aku dah alami sepanjang tahun ini. Segala pahit manis aku telan selagi termampu. Kadang2 diri aku tak cukup kuat utk semua itu tapi ape lagi yg mampu aku buat. Aku hadapi semua itu dgn tabah dan cekal. Berbekalkan sokongan yg tak putus2 dr keluarga dan sahabat2 karib, hampir semua masalah aku berjaya diatasi. Tanpa mereka mungkin aku dah putus asa. Aku sayang mereka sgt2. Mak, Abah, Along, Adik, Asbul, Eja, Alimie. I love u all so much!

Tahun 2008 bermula dgn agak baik bile aku bertemu dgn seseorang yg aku rase mampu memberi kebahagiaan dlm hidup aku. Bukan bermaksud aku tidak bahagia selama ini cume i need someone as lover. Cinta. Yup, itulah yg aku impikan. Namun ape yg aku impikan tak menjadi kenyataan. Segala-galanya tidak berhasil. Org yg aku sangkakan mampu membahagiakan aku tidak mampu utk sayangkan aku. Kecewa. Itu saja yg mampu aku ungkapkan. Aku terima dgn tabah sebab aku tau aku tak boleh paksa org utk sayangkan aku.

Awal tahun 2008 juga memberi impak besar dlm hidup aku. Mengikut perancangan, aku dijangka menamatkan pengajian hujung thn ini. Atas sebab2 yg tak dpt dielakkan, aku terpaksa melanjutkan pengajian sehingga mei 2009. Arghhh! Tensionnya aku ketika itu. Sedih. Kecewa. Semestinya Mak dan Abah adalah insan yg paling membuatkan aku rasa bersalah dgn diri aku. Mereka sangat mengharapkan aku tamat pengajian secepat mungkin. Mak dan Abah meletakkan harapan yg tinggi pd aku. Hanya aku yg diharapkan dpt membantu keluarga tapi apakan daya. Belum ade rezeki aku utk menolong Mak dan Abah. Semua kerana kekhilafan diri aku. Mak, Abah...Boy mintak maaf banyak2....=(

Alhamdulillah...Ade juga kenangan manis yg aku tempuhi menjelang pertengahan tahun 2008. Buat pertama kali dlm hidup aku sepanjang 23thn, aku diberi kejutan pd hari lahir. Tak pernah ade sesiapa buat surprise party utk aku selama nie. Aku sgt terharu dgn sahabat karib aku yg bersusah payah planning utk buat surprise party tu. Thanks Asbul. Sayangnya, 2org lagi sahabat karib aku takde time tu. Kalaulah Eja dan Alimie ade ia akan menjadi kenangan paling bermakna buat diri aku. Mereka lah sahabat di kala susah dan senang. Merekalah insan yg betul2 memahami diri aku. Aku bertuah mempunyai sahabat seperti mereka. Aku sayang giler kat korang!

Bile tiba part percintaan. Aku mmg gagal. Entah di mana silapnya. Ade beberapa insan cuba menawan hati aku. Tapi semuanya tidak sesuai dgn diri aku. Aku perlukan someone yg btul2 syg aku. Bukannya yg tenggelam timbul sesuka hati. Sampai satu tahap aku rase aku malas nak fikir pasal hal nie. Aku tak nak kecewa lagi. Cukup2lah hati aku yg hancur selama nie. Tapi..aku tak mampu utk menipu diri aku. Semakin aku cube halang perasaan tu, semakin aku rase tak keruan. Aku kena jadi diri sendiri. Aku seorang insan yg butuhkan cinta.

Penghujung 2008 menampakkan sesuatu yg membahagiakan. Aku mula mengenali seseorang. Sebenarnya sudah agak lame kami berhubung secara online tapi belum ade kesempatan utk berjumpa. Cuti semester baru-baru ini memberi peluang utk kami bertemu. Semuanya gara-gara McD Prosperity. Kalau tak mungkin sampai skrg kot tak jumpe dia. Hehe... Sejak bertemu dgn dia, aku tertarik utk mengenali dia dgn lebih rapat. Aku suke dgn cara dia. Simple. Open minded. Kami masih lagi dlm proses mengenal diri masing2. Banyak lagi yg belum aku tau pasal dia. Kata org tak elok gopoh2. Just go with the flow.. =)

2008 banyak mengajar aku menjadi insan yg lebih kuat dan tabah menghadapi dugaan hidup. Aku mula belajar dari kesilapan2 yg lalu. Tak nak perkara lama berulang kembali. Aku terus memandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Biarlah ape yg berlaku sblm ini berkubur menjadi kenangan. Aku harus meneruskan kehidupan seperti biasa. Aku harapkan 2009 bakal memberi sinar baru dlm hidup aku. InsyaAllah....... =)

6 comments:

none said...

hidup mesti jalan ke depan,
jangan pusing ke belakang,
kalau teringin sgt pon, jeling2 je..
untuk patah balik, x sekali..

mati itu pasti, hidup itu insyaAllah..amin!

all the best fit!

miSs dee 4 dino said...

ehem2..siapakah gadis itu??
hehehe..apa2 pun adikku..
all the best k...
habis study cepat2..
kita konvo sama2..

xOxO,
miss dee~

Fieyt Cliffe said...

cik seri: thanks a lot! insyaAllah i akan trus berjalan ke dpn tanpa tgk blkg.takot jugak terlanggar tiang lampu ke nnti.ahaks =P

miss dee: biarlah rahsia.hehe..x sabar nak abiskan satu lg nie.lps nie bleh kumpul munge sesame.hikss

Anonymous said...

tq 4 being my very best fren..
susah + senang kite bersame...

Fieyt Cliffe said...

u're most welcome eja
i really appreciate our frenship
smpai bebile
i luv u guys so muchh

@buL said...

love u too boi..ermmm tanpa korang aku ni sapa laa ek..hahahha..korang kawan paling best dalam hidup aku..tq