Monday, December 20, 2010

Welcome Back to ME!



Hi all! Sorry agak lama dah tak menaip di sini. Nak kata terlalu banyak agenda tak jugak. Cuma kemalasan tu yang menghantui diri ini walaupun banyak nak story nak share dgn kengkawan semua. Mereka yg memang kenal in reality tu maybe tau la most of the updates. Kesian jugak kepada mereka yg hanya kenal me secara maya je sebab tak dapat sebarang update (masalahnya ada ke yg berminat nak tau? haha ;p) Apapun me cuba jugaklah utk review balik apa yg dah berlaku sepanjang tahun 2010 ni memandangkan kita hanya tinggal kurang 2 minggu menjelang tahun baru 2011.

January - March
One of the TM's subsidiary company.

Rasanya semua tau, sepanjang 3 bulan tu me having intership kat GITN Sdn Berhad. Boleh refer a few of my previous posts pasal intership ni. Lepas dah tamat 3 bulan tu, agak sibuk dgn preparation utk seminar FIES kat UTHM. Akhirnya me berjaya utk tamatkan pengajian yg ter-extend sampai ke 6 tahun. Muahahaha! Apapun, Alhamdulillah... :)

View dari luar apartment me.

Pertengahan March jugak, me dah start pindah ke rumah sewa yg terletak di Ukay Perdana, Ampang. Stay dgn 2 orang lagi kawan, Carl & Iwan. Not bad la apartment tu. Ada 3 bilik tidur, 2 bilik air. Cuma agak penat sikit la sebab walk-up apartment je, takde lif. So setiap hari wajib senaman la mendaki tangga ke tingkat 4. Huhu ;p

April
Outsource company. Maybe korang tak familiar kot.

Selang beberapa hari lepas tamat intership tu, me dapat call dari satu company. Actually dah pegi interview 2 kali kat company tu seminggu sblm tamat intership. I'm hired! Good news berganda for me after successfully complete my degree. Alhamdulillah... :) Tarikh mula me kerja kat situ 5 April 2010. Tak sampai seminggu pun dari tarikh tamat intership. Hehe ;)

Tak lama lepas me start kerja, tetiba me dan housemates terfikir nak bela anak bulus a.k.a. anak kucing. Yela dah stay rumah sewa ni boleh la nak bela sebab kami semua suka kucing. Kat rumah parent sblm ni agak payah la sebab mereka tak suka kucing. Especially umi dan adik laki me. Dia takut betul dgn kucing mcm nampak rimau je. Pelik sungguh kan? Haha ;p

Taraaa! Nama saya Jenny (^_^)

Kami adopt Jenny dari kawan my younger sister. Minah tu penakut kucing jugak sebenarnya tapi dia pulak mcm excited gila suruh adopt Jenny dari kawan dia. Tambah sorang lagi yg berperangai pelik dalam family ku. Haha ;p

May
Setiap hari pergi kerja me naik bas dan LRT je. Then sampai satu hari tu me dapat tau yg tak lama lagi me kena kerja shift. Tak tentu la maybe kena masuk kerja ptg then abis mlm atau masuk kerja malam balik awal pagi. Maksudnya akan susah la kalau hanya bergantung pd bus or LRT je. Terus la buat panggilan istimewa ke my mum kat kelantan nun utk membentangkan kertas cadangan membeli kereta. Hihihi ;p Seperti biasa, mak kesayangan ku mmg tak pernah mengecewakan anaknya. Tak sampai seminggu dia dah dapatkan Kelisa for me. She's the one yg paid the deposit for me. Thanks mummy ku! :D

Not the real picture but same color with my car ;)

June
Haa bulan ni mmg dinantikan setiap tahun. U guys know why la kan. Hehehe ;p Its my birthday! This year best sikit sbb ada surprise celebration for me. Even takdelah happening jemput ramai org but I really appreciate that! Thanks to Carl, Eyfa and Min for the surprise. Masa tu kami berempat tgh melalak kat Red Box. Time aku tgh feel nyanyi tetiba stop keluar lagu Happy Birthday. Then muncul la waiter Red Box bawak masuk cake. Patut la sblm tu mcm pelik je dorang keluar masuk dari bilik besar gajah tu. Rupanya tgh plan dgn org Red Box tu. Hampeh korang. Hehe ;p

Yer umur ku baru 7 tahun. Cuba kira lilin ;p

July
Agak payah jugak nak ingat apa yg berlaku pd bulan ni other than birthday org tu. Hehe ;) By the way, me and housemates most of the time kami hanya dinner kat Satay Sri Melaka AU5 Keramat sebab agak malas nak masak kat rumah walaupun segala kelengkapan ada. Yela, working hours kami tak sama. Me masa tu balik pukul 6pm, dorang pulak selalunya mlm baru balik. Mmg tak sempat la nak masak. Huhu ;p

Nak dijadikan cerita ada satu hari tu, masa tgh makan ada la beberapa ekor anak bulus berkeliaran tepi meja kami. Menagih simpati mintak makan. Kesian sgt tgk masing-masing buat muka seposen. Kami ni tak sampai hati tgk anak bulus kelaparan. Dah la semua kurus je tak cukup makan. Tak semena-mena kami terculik 2 ekor anak bulus teruna (dinamakan sbg Jerry & Nemon) kat situ bawak balik rumah. Hihihi ;p Bukan apa, kami pun kesian kat si dara Jenny lonely kat rumah. Main dgn bola dan tali tak bernyawa je setiap hari. Hahaha ;p

Ekor panjang tu Jenny. Yg kecik tu Nemon, atas sekali tu Jerry.
Ni gambar lepas beberapa bulan sebab tu nampak debab ;p

August
Hmm masa bulan ni seorang housemate ku decide utk tak tinggal kat rumah sewa lagi dah. Dia kembali duduk dgn parent dia atas sebab-sebab yg ku dan Carl pun tak tau. Mungkin dia ada alasan tersendiri kot. Takpelah nak buat mcm mana kan, kami tak boleh nak halang sebab itu pilihan dia sendiri. Kalau itu yg terbaik utk diri dia, so kami just terimalah seadanya. Pada mulanya, nak cari replacement utk ganti tempat dia. Tapi bila fikirkan balik, tak jadi pulak. Susah utk percaya org luar utk tinggal sekali. Kawan-kawan lain semua dah duduk rumah sewa masing-masing. So tinggal la berdua je kat rumah sewa tu bersama 3 anak bulus comel lote itu. Hehehe ;)

Nemon: Nak cium sikit boleh? Mwaahhh!
Jenny: Redha jela walaupun tak cukup umur (T_T)
Jerry: Tak boleh jadi ni! (sambil menjeling)

Enough pasal anak bulus. Seperti yg semua tau, bulan ni kan bulan puasa. Seperti tahun sblmnya, me dan Carl mmg akan sibuk dgn aktiviti 'melapis'. Dalam erti kata lain oven kami akan mula berasap time bulan puasa. Kami berdua sibuk dgn tempahan kek lapis utk raya. Tahun ni berbeza sikit sebab ada jemputan khas utk membantu. Kami terbangkan khas dari Kuching, chef kek lapis tersohor iaitu Mama Carl beserta dgn 2 orang lagi pembantu genit, Fify dan Dadai. Hihihi ;)

9 jenis kek lapis yg berbeza rupa dan rasa. Homemade here ok.
Tak main la import dari Sarawak. Kami import chef terus! Haha ;p

September
Fuhh! Bulan ni sgt mencabar bagi kami semua (me, Carl & mama Carl) sebab pelbagai masalah timbul masa nak siapkan tempahan kek lapis yg agak banyak tu. Dari tak cukup modal sampailah ke masalah kek yg rosak! Ya Allah, hanya Dia je yg tau perasaan kami masa tu. Hampir je nak give up dan batalkan semua tempahan. Alhamdulillah segalanya dapat kami atasi walaupun ada yg kecewa dan berkecil hati sebab kami tak dapat tunaikan permintaan mereka. Bukan sengaja nak buat mcm tu tapi benda dah nak jadi. Siapalah kami utk menghalang takdir kan? Bernasib baik jugak la sebab mama Carl ada kali ni. Beliau yg banyak bagi support pd me dan Carl. Dah berpengalaman lebih 10tahun kot. Cayalah aunt Rosiah! Hehehe ;D

Hasil titik peluh menjalankan bisnes kek lapis selama sebulan, dapat la sikit untung dari tu. Alhamdulillah... Dan akhirnya me berjaya utk beli phone baru iaitu Blackberry Curve 8520. Just a simple type of BB. Harga pun not bad (tu pun kebetulan Tesco ada buat promotion). Dah lebih 5 tahun kot tak beli phone. Selama ni just guna phone my sister dan my mum je. Huhu

Salam Aidilfitri dari kami di perantauan ;p

Tahun ni seperti biasa, me balik ke Kelantan beraya dgn my mum. Bertiga je kali ni sebab my elder sister balik Pahang, ayah pulak balik seminggu lepas raya. Walaupun tak happening, at least dapat beraya dgn mummy ku. Itu dah cukup bermakna. Takkan sekali-kali nak biarkan mak beraya sorang. Tak sampai hati nak buat camtu ok!

October
Masih dalam mood raya. Me dan Carl decide utk buat open house. Sebenarnya dah lama plan nak buat makan-makan (house warming) since April lagi. Tapi disebabkan ada seribu macam halangan tu yg tertangguh sampai berbulan-bulan. Huhu

Make over khas utk open house. Baiklah lupa nak bg kredit.
Hasil sentuhan Carl Zaflan. Puas hati skrg? Huhu ;p

Antara yg hadir:
Azlan and the typewriter. Eh bukan la, Ez ;)

Diva dan Akie

Sopie dan Eja

Kimie, Dura dan Adam (sorry lupa nama timangan ;p)

Ratu Zarnita dan Isz

Pengguna tegar BB, Nuar ;p

Juga pengguna tegar BB, Kash dan Abg Man ;)

My colleagues: Ash dan Sun

Juga colleague, Shah featuring teman wanitanya ;p

Bulan ni jugak bermakna utk diri ku sebab errr... Me officially graduated! Penantian selama 6 tahun akhirnya terbalas dgn segulung ijazah di tangan (walaupun tak digulung tapi belasah jela, typically org sebut camtu ;p) Alhamdulillah...

Finally! ;D

Thanks to Mell dan Zam ;)

Lovely roses by Mak, Ayah, Eyfa dan Carl

November
Nothing much happened. Just a short trip to Kuching visiting my friends there, Carl and Deq Sha. Carl dah pindah ke Kuching semula. Dapat kerja tetap kat UNIMAS. Congrats to him. So tinggal sorang kat rumah sewa tu. Then akhirnya decide utk keluar dari rumah tu dan lari dari rumah. Eh tak laa. Lari ke rumah parent semula je. Hehehe

Sedih jugak la nak keluar dari rumah sewa tu sebenarnya sebab dah make over cantik-cantik tetiba terpaksa pindah pulak. Hmmm... ;( Bukan tak nak cari pengganti housemate baru tapi mcm yg me ckp before la. Susah nak percaya org luar. Nak sewa sorang tak mampu. So nak tak nak terpaksalah pindah jugak. Goodbye~

December

Eh anak bulus siapa pulak ni? Haa nantikan...

- Will update soon since bulan ni belum tamat lagi. Sabarlah menanti. Huhu ;p

3 comments:

Anonymous said...

tetap nak nama Jerry. Hamster ke, kucing ke, semut ke, semua nama Jerry.

Hasbullah Samsudin said...

hye uolzz..akhirnya blog ni kembali ceria dari bersawang..huhuh...

Fieyt Cliffe said...

antunymous: bila masa pulak hamster aku nama Jerry? u salah nombor kot.huhu

abul: tau takpe.penat brainstorm satu hari nak menaip ni.huhu