Tuesday, December 30, 2008

Review of 2008


Sedar tak sedar dah nak masuk thn baru pun. 2008 hampir meninggalkan kite dan 2009 bakal mengunjung tiba. Terlalu banyak suka dan duka yg aku dah alami sepanjang tahun ini. Segala pahit manis aku telan selagi termampu. Kadang2 diri aku tak cukup kuat utk semua itu tapi ape lagi yg mampu aku buat. Aku hadapi semua itu dgn tabah dan cekal. Berbekalkan sokongan yg tak putus2 dr keluarga dan sahabat2 karib, hampir semua masalah aku berjaya diatasi. Tanpa mereka mungkin aku dah putus asa. Aku sayang mereka sgt2. Mak, Abah, Along, Adik, Asbul, Eja, Alimie. I love u all so much!

Tahun 2008 bermula dgn agak baik bile aku bertemu dgn seseorang yg aku rase mampu memberi kebahagiaan dlm hidup aku. Bukan bermaksud aku tidak bahagia selama ini cume i need someone as lover. Cinta. Yup, itulah yg aku impikan. Namun ape yg aku impikan tak menjadi kenyataan. Segala-galanya tidak berhasil. Org yg aku sangkakan mampu membahagiakan aku tidak mampu utk sayangkan aku. Kecewa. Itu saja yg mampu aku ungkapkan. Aku terima dgn tabah sebab aku tau aku tak boleh paksa org utk sayangkan aku.

Awal tahun 2008 juga memberi impak besar dlm hidup aku. Mengikut perancangan, aku dijangka menamatkan pengajian hujung thn ini. Atas sebab2 yg tak dpt dielakkan, aku terpaksa melanjutkan pengajian sehingga mei 2009. Arghhh! Tensionnya aku ketika itu. Sedih. Kecewa. Semestinya Mak dan Abah adalah insan yg paling membuatkan aku rasa bersalah dgn diri aku. Mereka sangat mengharapkan aku tamat pengajian secepat mungkin. Mak dan Abah meletakkan harapan yg tinggi pd aku. Hanya aku yg diharapkan dpt membantu keluarga tapi apakan daya. Belum ade rezeki aku utk menolong Mak dan Abah. Semua kerana kekhilafan diri aku. Mak, Abah...Boy mintak maaf banyak2....=(

Alhamdulillah...Ade juga kenangan manis yg aku tempuhi menjelang pertengahan tahun 2008. Buat pertama kali dlm hidup aku sepanjang 23thn, aku diberi kejutan pd hari lahir. Tak pernah ade sesiapa buat surprise party utk aku selama nie. Aku sgt terharu dgn sahabat karib aku yg bersusah payah planning utk buat surprise party tu. Thanks Asbul. Sayangnya, 2org lagi sahabat karib aku takde time tu. Kalaulah Eja dan Alimie ade ia akan menjadi kenangan paling bermakna buat diri aku. Mereka lah sahabat di kala susah dan senang. Merekalah insan yg betul2 memahami diri aku. Aku bertuah mempunyai sahabat seperti mereka. Aku sayang giler kat korang!

Bile tiba part percintaan. Aku mmg gagal. Entah di mana silapnya. Ade beberapa insan cuba menawan hati aku. Tapi semuanya tidak sesuai dgn diri aku. Aku perlukan someone yg btul2 syg aku. Bukannya yg tenggelam timbul sesuka hati. Sampai satu tahap aku rase aku malas nak fikir pasal hal nie. Aku tak nak kecewa lagi. Cukup2lah hati aku yg hancur selama nie. Tapi..aku tak mampu utk menipu diri aku. Semakin aku cube halang perasaan tu, semakin aku rase tak keruan. Aku kena jadi diri sendiri. Aku seorang insan yg butuhkan cinta.

Penghujung 2008 menampakkan sesuatu yg membahagiakan. Aku mula mengenali seseorang. Sebenarnya sudah agak lame kami berhubung secara online tapi belum ade kesempatan utk berjumpa. Cuti semester baru-baru ini memberi peluang utk kami bertemu. Semuanya gara-gara McD Prosperity. Kalau tak mungkin sampai skrg kot tak jumpe dia. Hehe... Sejak bertemu dgn dia, aku tertarik utk mengenali dia dgn lebih rapat. Aku suke dgn cara dia. Simple. Open minded. Kami masih lagi dlm proses mengenal diri masing2. Banyak lagi yg belum aku tau pasal dia. Kata org tak elok gopoh2. Just go with the flow.. =)

2008 banyak mengajar aku menjadi insan yg lebih kuat dan tabah menghadapi dugaan hidup. Aku mula belajar dari kesilapan2 yg lalu. Tak nak perkara lama berulang kembali. Aku terus memandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Biarlah ape yg berlaku sblm ini berkubur menjadi kenangan. Aku harus meneruskan kehidupan seperti biasa. Aku harapkan 2009 bakal memberi sinar baru dlm hidup aku. InsyaAllah....... =)

Monday, December 15, 2008

Bad Or Lucky Day?

Lama tak update blog ni, dah agak bersawang kan kawan2. Hehe.. Sorry la kepada sesiapa yg rajin singgah blog tapi mcm takde entry baru. Bukan sengaja or malas. Tapi diri ini tak punya idea dan ruang untuk menulis entri baru. Hehe..

Hari ni bermula dgn agak tertekan. I plan nak pegi kl sentral pagi tadi. Nak beli tiket keretapi ke KB. Next Sunday nak balik umah my mum. So i pun keluar la dari umah my frens kat sentul tu. Tunggu lif nak turun bwh. 5min tunggu tak sampai2 gak lif tu kat tingkat 18. I sabar lagi, 10 min lepas tu tak jugak sampai. I pun start bad mood that time. Rupanya lif sume stuck. Satu lif pun tak berfungsi yer! Nak tak nak i kena turun jugak. Sebab dah penat bersiap takkan tak jadi pegi pulak kan. So terpaksalah turun tangga 18 tingkat! Sampai je kat bawah i dah berpeluh2 mcm dah berlari keliling post guard kat depan tu. Huhh! Pepagi lagi dah buat i marah. Bodo punya lif termasuklah management apartment tu skali. Bangang sgt!

Okla, enough about that bloody hell lift. Sambil i tunggu lif tu, ade msg masuk kat my hp. Then i pun bace lah. Inilah isi kandungan msg itu...

Wahh! Terkejut. Mula2 ingat mcm spam msg ke ape. Tapi bile dah kuar hotlink kat atas tu maknanye btul lah. Hehe.. Alhamdulillah... Rezeki utk hari nie. Tak sangka pulak boleh menang contest tu. Asalnya sekadar nak cuba-cuba je. Kebtulan hari tu bukak website hotlink ade contest tu. Then try jela join. This is my 2nd time menang contest yg dianjurkan oleh telco company. 1st time dulu menang contest celcom. Tapi yg tu lebih lumayan la sebab dpt cash RM 2,000 + RM 300 victoria station voucher. =)


klik utk besarkan imej =)

Yg kat atas tu full winner list. I amik dr website hotlink. Nama i yg highlight kaler merah tu. Inilah dia perkara yg telah membuat i kembali happy hari ni. =D

Tuesday, December 2, 2008

Happy Holiday to ME !

yeay! dah cuti. sonoknya. walaupun hanya sebulan ku tetap gumbira menikmatinya. hehehe. cuti kali ni agak berbeza skit sebab i tak buat part time. selalunya cuti mesti buat part time tapi kali ni tak pulak. i pun tak tahu kenapa. sume org mcm pelik bile i tak keje cuti ni. huhu! sbnrnya i malas nak gi cari keje. mcm dah tak tahu nak keje ape. dah byk jenis keje yg i penah buat sebelum ni. kalo bleh nak try sumting yg baru. masih dlm pertimbangan. huhuhu!