Saturday, January 10, 2009

Harry Harry Harry



Waa...tak sabarnyer nak tunggu new sequel neh release. Supposely by November last year tapi postpone pulak this year. 17th July 2009! So kat Malaysia maybe one day earlier kot. Tak kire lah mane2 pun yg penting aku nak tengok citer neh seawal yg mungkin biler dah start ditayangkan kat cinema. Heeee =)

Thursday, January 8, 2009

Happy Birthday Nizam!


Hari nie birthday Nizam, one of my close friend merangkap my housemate. So mlm tadi me and other friends ade buat surprise party utk dier. We had such a great time last nite. Seronok sgt sampai lupe diri masing2. Padehal aku ade class kul 8 pagi yer arini. Huhu!

Inilah dier birthday boy!
Bersama Acap, kwn comolot dier.haha!
Di peringkat awal sblm mcD tu ditunggang langgangkan.
Semua masih dlm keadaan terkawal. Huhu!
"Ckin, tgn aku x ckup beso nak tumbuk ko.
Bleh bg pinjam drumstick ko tak?" Haha
"Wani, ko sumbat je sume skali. Aku mampu abiskan
prosperity tuh sekelip mata. I loike!" Heee
Pompuan nie mmg tak sah kalo tak menyentuh rambut
org especially aku. Mel gilerrr! =p
Birthday boy with the gurls
With Boy and the boys.huhu

Sunday, January 4, 2009

Tagged!

Tak prasan sbnrnye kena tag dgn Dayah. Memandangkan dah agak lame tak kena tag, so aku dgn rajinnyer menerima tag itu dgn perasaan gembiranyer. Huhu =p

***********************************************

Title:16 random things about you
Terms:Please refer below~
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

***********************************************

Mak aaiihhh...byk giler nak sampai 16 mende ney. Adehhh! Okie okie aku settlekan jugak la tapi seringkas yg mungkin jela eh. Malas nak taip byk2. Huhu

16 random things about me

1 aku tak suke makan buah tomato.
Jgn tanye kenapa. Adela sejarah di sebalik buah tomato itu. Tapi aku still bleh mkn sos tomato or ape2 la yg berperisa tomato. Kira yg dah diproses la but bukan buah tomato!

2 aku suke makan pedas.
Tak kisah jenis makanan pun, aku mmg sgt suke yg pedas. Lagi pedas lagi bagus. Barulah syok dan mencabar beb.huhu

3 nama panggilan manja aku Boy.
Sejak kecik lagi mmg aku dipanggil dgn nama Boy. Family, sedara mara, schoolmates, jiran, boleh kata semua laa. My aunt yg bagi that name. Mungkin sbb aku satu-satunya generasi mereka yg paling comel, gebu dan cute. So sesuai la dgn nama tue kot. Hahaha

4 mudah diserang selsema.
Boleh kata setiap minggu mmg wajib aku selsema. Lagi2 kalo terkena habuk or terovermakan seafood. Semakin menjadi2 laa penyakit tue. Kkdg aku rase mcm nak cabut je hidung sementara. Then biler dah ok baru pasang balik, boleh tak mcm tu? =p

5 aku phobia dgn mesin rumput.
Ade cerita di sebalik itu. Aku penah luka berdarah menitik2 kat tapak tangan masa kecik2. Sumenye sebab mesin rumput bodoh tue la! Disebabkan itu, aku mmg pantang betul kalo ade org tgh mesin rumput. Kalo org tue mesin rumput berdekatan dgn aku, sedaya upaya aku akan cube menjauhkan diri. Menyorok ke lari ke. Ape2 jela semua aku sanggup buat selagi aku jauh dari lokasi kejadian. Termasuklah ikut jalan jauh giler walaupun jalan sebenar sgt dekat. =p

6 aku suke bercerita panjang sgt.
Haa...yg ney aku tak boleh nak elak kkdg tue. Kalo bg aku bercerita pasal sumting mesti panjang lebar. Mmg aku akan cerita dari A to Z, kira mcm tak tinggal langsung content cerita tue. Kalo mcm ade part tgh nak bukak pintu ke ape ke. Yg tu pun aku akan citer gak. Ala2 uncut version la kot. Sampai kwn2 aku pun naik nantok dgr aku citer tak abis2. Hahahaa

7 anak yg paling rapat dgn mak.
Yup. Aku tak malu kalo org kata aku anak mak. Sesiapa yg tak suke tue lantak korang lah. Ade aku kesah?! Aku bukanlah anak mak yg masih lagi makan bersuap or tito di bawah ketiak mak. Tapi hakikatnyer aku adalah anak yg paling rapat dgn mak aku. If ade masalah, aku akan refer dgn mak aku dulu. Same goes to my mum. Every single thing my mum akan let me know dulu. Dier akan mintak pendapat aku dulu dlm ape hal sekalipun. And plus dlm 3 adik beradik, aku lah yg paling senang nak dpt sumting dr mak aku. Sayang mak! Hehehe

8 anak yg juga paling rapat dgn abah. (dulu2 laa...)
Haa..jgn tak tahu aku bolot kedua-dua kategori yer. Haha! Aku juga yg paling rapat dgn abah walaupun kkdg kami berbeza pendapat dan selalu ade masalah dlm komunikasi. Tapi aku lah yg paling rapat. Mungkin sebab aku lame jadi anak lelaki tunggal kot. But since kewujudan seorang lagi anak lelaki dier, aku dah mcm digugurkan dari title tue. Biarlah, aku tak kesah sgt pun sebab aku still anak mak aku. Heeee =D

9 selalu berangan nak jadi harry potter.
Korang jgn gelak yer. Seriusly, sampai saat ini aku masih lagi simpan angan2 nak jadi mcm harry potter. Itulah akibatnyer biler terlalu obses dgn sekuel2 harry potter. Aku nak sgt ade kuasa magic mcm dier, just gune wand jer. Umo dah nak 24 thn ney tapi mcm budak tak matang je kan? That's me. Huhu

10 sgt suke minum nescafe & justea.
Aku mmg kipas-susah-mati kedua2 air tue. Boleh kata setiap ari aku wajib minum salah satu air ney. Nak kata addicted tu takdela cumenyer aku suke sgt. Tak kesah flavour apepun. Aku suke je kesemuanyer. Kalo korang perasan url blog dan id ym aku pun dinamakan sempena nama air tue. Lihatlah betapa obsesnyer aku. =p

11 aku suke nombor 11.
Sebab ape aku suke? Sebab dah dekat nak abis, tinggal lagi 5 je. Huhu. Takdela. Actually nombor tu byk tinggal memori kat aku. 11 tu tarikh hari jadi aku, dlm list nama kelas tadika dulu nama aku yg ke-11, 11 juga merupakan nombor bilik aku mase kat asrama dulu, ex-lover aku pun tarikh hari jadi dier 11hb, anniversary ktorg pun 11hb gak, nombor matrik aku skrg pun ade angka 11. Byk lagi sebabnyer tapi tu jer yg aku ingat setakat ney.

12 kalau drive aku susah nak ingat jalan.
Inilah prob aku kalo driving. Mmg payah nak ingat jalan. Aku kena lalu tempat tu at least 3x baru bleh ingat. Kalo tak mmg terkial2 la nak sampai destinasi yg sepatutnyer. Sesat tue jgn ckp la, dah selalu sgt. So aku memerlukan pemandu pelancong di sebelah kalo tgh drive. Huhu

13 makan byk tapi berat tak naik.
Sesiapa yg rapat dgn aku tau la. Aku mmg jenis yg mkn ikut suke je biler2 aku nak makan. Mmg pantang diajak, mmg aku tak penah tolak pelawaan biler bab2 makan ney. Tapi tula, berat aku tak penah naik. Kalo naik sekilo pun, lepas tu turun balik. Baik tak yah naik kan camtu. Sebab tula aku tak penah fikir pasal nak diet ke ape ke. Walaupun aku ade ckp nak diet la konon2, tapi itu sume dusta belaka. Jgn percaye ok! Hahaha

14 teringin sgt nak naik flight.
Sepanjang umur aku yg hampir 24 tahun, aku tak pernah sekalipun menjejakkan kaki dlm flight. Jgn cakap naik, pi airport jemput org pun aku bleh kire dgn jari. Tak sampai 5x kot aku pi airport. Sedihh kan? Biler la agaknyer dpt naik flight. Dulu penah hampir2 naik flight ke langkawi. Dah siap book tiket airasia tapi cancel last minute. Frust gilerr. Huwaaa...=(

15 pernah sekali je dapat pointer >3.0
Honestly, aku penah sekali je mencapai tahap itu. Itu pun mase kat form 4, kat mrsm. Lepas2 tu aku mmg tak penah dpt dah. Tgk jela skrg mcm mane, siap extend2 lagi setahun. Teruk giler kan? Huhu

16 first time aku dpt tag banyak sampai 16!
Banyak tau tak, selama ney yg penah aku buat pun biasenyer 5 or 10 camtu jer. Kali ney sampai 16 yer. Lepas tu kena tag 16 org pulak. Kwn aku yg ade blog pun tak seramai itu. Cane tuh? Haihhh...

***********************************************

Dengan segala hormatnyer aku men-tag kwn2 ku yg tersayang ini. Hehe...

1. Asbul
2. Eja
3. Ben
4. Rizal
5. Tasya
6. Ed
7. Ijoy
8. Aidy
9. Nizam
10. Zafir
11. Afie
12. Capt Shah
13. Ariel
14. Astro
15. Eddy
16. Nurrul

Unwell

I hate this part. Bukan lagu PCD yer. Huhu... Aku tak sehat lagi. Awal2 tahun lagi dah sakit. Tak sukenyer! Nak kata aku main hujan takde pun. Maybe udara kat sini tak begitu baik. Aku start batuk since beberapa ari lepas. Then smlm bertambah teruk pulak. Tambah pulak dgn aku kuar lepak dgn kwn2 kat luar mlm tadi. Semakin menjadi2 la tak sihatnyer. Selsema pulak! =(

Esok nak pegi pku. Pku tu pusat kesihatan universiti. Free je utk student. Untungnyer jadi student kann? Huhu

Thursday, January 1, 2009

All New 2009

Alhamdulillah..finally kite selamat sampai ke tahun baru 2009. 2008 telah meninggalkan kite dgn pelbagai pahit dan manis sepanjang tahun. Bagi aku 2008 byk meninggalkan memori yg kurang enak berbanding yg menggembirakan. So aku berharap 2009 bakal memberi kegembiraan dan kebahagiaan yg lebih compare to last year.

Kehidupan baru. Matlamat baru. Harapan baru. Aku mau kesemuanya baru. Sebabnya yg lame sudah cukup mengajar diri aku supaya berubah ke arah yg lebih baik. Bukanlah bermaksud sblm nie tak baik, cuma aku rasa byk perkara yg aku belum capai. Aku ingin menjadi seorang yg berguna kpd diri sendiri, keluarga terutamanya dan termasuklah teman2 yg aku syg.

Target 2009:
1. Menamatkan pengajian dan memiliki ijazah yg pertama dlm hidup.
2. Mempunyai kerjaya tetap yg sesuai dgn jiwa.

3. Meningkatkan taraf hidup keluarga. 4. Memiliki teman istimewa yg memahami dan menerima diri ini seadanya.
5. Memiliki sebuah kereta sendiri.

Cukuplah setakat tu kot. Nanti kalau byk2 pun belum tentu dpt achieve kesemuanya. Aku berjanji akan berusaha keras utk mencapai kesemua itu. InsyaAllah..... =)