Sunday, April 20, 2008

The Unexpected Farewell Party!

Memandangkan ini merupakan final sem utk batch aku, satu farewell party telah diadakan semalam. Sebenarnya dah lame aku terfikir bile agaknya akan ade satu event utk farewell sempena tamat belajar kat UTHM yg terindah lagi teristimewa itu (istimewa sgt kah? x pun sbnrnye. Haha!). Pernah sekali tuh aku rase mcm nak organize satu prom nite-alike party utk class aku nih. But berpijak di bumi nyata lah, aku tau tak sume bleh trime idea aku. Tak sume org bleh jadi 'open-minded' kan? So, paham2 sendiri lah. Aku jd malas nak usulkan ape2. Buang mase aku je nanti. Aku pun lupekan jela niat dan angan2 aku tuh. Simpan dlm poket sajork! Huhu!

Then tetibe last week aku dgr ura2 bdk2 class aku nak wat farewell party. Time tuh aku dah excited dah. Yela, aku mmg impikan event tuh utk class aku nih. Takkan nak abis blaja mcm tu je kan? Paling choi pun wat party ke ape ke. Barulah ade sumting utk dikenang. Tak gitu? Huhu.. Nasib baik la ade Yana Joe & the Geng. Dia la kepala utk party mlm tadi. Aku diberitahu ade tema utk party tuh: B L A C K & R E D. Bile dah tawu mcm tu aku ape lagi, mulalah pening (smbil nyanyi lagu Pening - M Daud Kilau vs Ezlynn) kepaLA! Yela, bile dah ade tema2 bagai nih mestilah kena pakai grand2 skit (Lu ingat nak pegi Academy Award kah? Hehh!). Tapi aku nih kire insan yg agak bertuah sbb ade pihak yg sudi sponsor pakaian dan aksesori aku utk party mlm tadi. Thanks to ZamStarz Collections! Pada mulanya, ade pihak yg sudi sponsor transportation utk aku ke party tuh. Tapi di saat2 akhir, aku terpakse cancel sbb clash dgn schedule. Aku tak heran pun lepaskan sponsor tuh sbb aku dpt sponsor yg lebih hebat, Honda CRV tuh! Muahahaha! (gelak guling2 smbil juling2 mata. Erkk!)


Tgh fitting baju. Ahaks!

Haa..ni lah sponsor baju & aksesori ku. Huhu!

Bersama sponsor-sponsor ku. Lalalalaa~

Dlm perjalanan ke lokasi kejadian.

Bile tibenya kat lokasi kejadian, aku agak terkezut (smbil mulut ternganga dgn luasnye. Lalat ko jgn sebok nk enterprem ok!). OMG! Tidakk!! Aku jerit kat Ed "Nape dorg pkai baju biase2 jew?!!" Aku jew yg ala2 over dress bagai mlm td. Nasib baik gak la ade 2org gurls yg dress up bagai mcm aku. Mula2 aku rase cm nk patah blk jew salin baju. Tapi aku gagah dan gigihkan diri utk gi gak. So, aku pun dgn muke tebal (ala2 pkai foundation+compact powder M.A.C seinci!) berjalan dgn penuh yakin ke lokasi kejadian smbil diiringi background music lagu Dina, Malu Tapi Mahu. Hehh!


Bersama pemilik Honda CRV merangkap housemate ku, Ed.

Org pertama yg nak amik gambar dgn aku adalah Pojie. Huhu!

Bile dah lame2 kat party tuh, ke-malu-an aku dah berkurang skit (aku taw korg suke pk lain. Nakal taw! Tak baek punyer~ =p) Sesudah selesai upacara membuncitkan pewot, bdk2 nih adela wat beberapa game utk memeriahkn party tuh. Mase tgh sebok2 dorg melayan game 'kotak beracun', aku sempat menyibuk2 amik gmbar dgn bdk2 nih. Sbb aku tak jadi mangsa kotak tuh. Huhuhu! Ape lagi tunggu, pose lah!


Bersama Cik Ziera

Bersama penyanyi Latin, Ira Shakira Mubarak. Ahaks~!

Yana, bdk yg agak meng'giler' kkdg tuh. Huhu!

Bersama pasangan sehati sejiwa paling femes woo!

Inilah dia org paling kuat skali mlm td, Yana Joe. Hihi

Yup! Kami mmg gewdiks! Hahaha

Bersama artis fofular, Ira Shakira Mubarak & Ziela Bakarin.
Kat blkg tuh tokei biskut, Danone. =p

Suke korg yer dpt bergambar dgn Isma - model in da making!

Actually byk lagi gmbar2 yg aku amik smlm tp tak dpt nk post sume kat sini. Kpd yg xde dlm gmbar2 tu, aku mntak maap byk2. Bkn tanak letak, terlalu byk. So aku tpakse la kena pilih yg da best. Hehe... Takpe2 korg jgn lah berduka, bersedey, meracau2 or meraung x tentu hala taw. Aku letak jugak ler. Cube tgk dlm gmbar yg bwh nih, mesti sume org ade kan. Hihihi ;)


Section 1 2007/2008

Section 2 2007/2008

Oklah, itu jela kot yg mampu aku cite kat sini. Apepun, aku enjoy dgn party tuh smlm. Korg mmg best! Lps nih da x jmpe korg da. Even aku x rapat dgn sume org, aku terase gak la bile nk berpisah cmni. Uhuk3 (tisu plzz..!) :'( Hope korg sume bjaye dlm karier masing2 nnti. Kalo nak kawin ke ape ke contact2 la yer. Jemput2 la aku nih, insyaAllah aku akan cube dtg. Hehe.. Last but not least, thanks for everything n good luck utk korg sume. Mwahhhh!

Friday, April 18, 2008

Kesibukan Melanda!

Sibuk? Yup! Aku memang sangat sibuk sekarang. Kalau tak sibuk pun akan sibukkan diri jugak. Huhu! Terpakse la, nak buat macam mana kan. Dah nama pun 'student'. Nak tak nak kena lah jugak menggigihkan diri study. Walaupun kekadang aku rasa give up dan sangat malas. Aku dah tak larat nak study lama-lama lagi. Cukuplah tambah 1 sem tu je. InsyaAllah hujung tahun ni aku habis. Amin...!

So, hari ni aku dah selesaikan 2nd paper untuk final kali ni. Lepas exam tadi aku rasa macam enjoy giler, lega sangat walaupun sebenarnya aku belum habis exam. Ada 3 lagi paper menanti minggu depan. Haha! Mungkin aku rasa lega sebab 2 paper sebelum ni berturut-turut then aku pun macam blur je dengan subjek tu. Study banyak kali pun tapi still tak berapa nak paham kekadang tu. So, dalam exam hall aku redha tekad tabah je. Jawab yang termampu. Hehe

Waa..baru aku teringat pasal report PSM aku! 24hb ni due date untuk submit report tu! Matilaaa aku tak update lagi report tu dengan supervisor! Nampak gayanya tak cukup tidur lagi lah nanti. Huwaaa!!!





Saturday, April 12, 2008

I'm Loveable!

Entah kenapa aku rasa macam sunyi. Bila kawan-kawan tak ada di samping aku, hidup aku rasa kosong sangat. Mulalah aku berfikir untuk kembali ke alam percintaan. Memang indah dan bahagia bila kita dapat bersama dengan orang tersayang. Tapi sekarang aku tak punya sesiapa pun. Tak ada orang nak jaga aku, tak ada orang nak ambil berat pasal aku, tak ada orang yang teman aku tatkala kesunyian...

Terus terang aku katakan, saat ini memang aku amat butuhkan cinta. Cinta yang sejati, penuh dengan keikhlasan, kejujuran dan kepercayaan. Lantaklah orang nak cakap aku ni jiwang ke apa ke tapi hakikatnya itulah yang aku mahukan dalam percintaan!

Aku baru mengenali seseorang beberapa bulan lepas. Aku selesa bila bersama dia. Setiap masa aku menantikan sms dan call dari dia. Aku mula suka pada dia! Serius! Tapi apakan daya, dia sudah menjadi milik orang. Apa yang aku mampu lakukan? Aku hanya mampu berdiam diri dan memendam perasaan ini. Haihhh... :(

p/s: masih menanti sms dari dia. aku kangen!

Tuesday, April 1, 2008

My Fav Double 'N' !

Nadia & Nubhan. Saya suka kedua-dua mereka. Dari segala aspek. Personaliti. Bakat. Attitude. Saya menyokong mereka dalam AF6. Semoga mereka berjaya hingga ke peringkat akhir. Good luck guys! :)

Mari kita nikmati lagu yang bakal mereka berdua nyanyikan pada konsert hujung minggu ini. Untuk download, klik link di bawah.